Wan Maimunah berhasrat menyarungkan pakaian serba putih sepanjang mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah pada 1 Disember depan.
Bintang air mata itu tidak kisah sekiranya ada yang menyifatkan tindakannya sebagai membazir.
Walaupun bukan kunjungan kali pertamanya ke Tanah Suci, namun, Wan Maimunah dengan linangan air mata mahu kelihatan elok dan bersih apabila diundang tetamu rumah Allah.
Foto: Berita harian
“Saya tidak tahu kenapa perasaan ini timbul. Saya seolah-olah merasakan pergi takkan kembali. Lebih lagi, saya begitu teruja menyediakan persalinan serba putih untuk ke Makkah.
“Saya juga bercadang memakai telekung putih apabila ke masjid. Bagi saya, tidak salah membelanjakan sedikit wang untuk membeli keperluan apabila menjadi tetamu rumah Allah.
“Jika kita sanggup berhabis untuk hari raya atau menghadiri kenduri, kenapa hendak berkira berkunjung ke rumah Allah?,” katanya kepada BH Online.
Wan Maimunah ditemui ketika penggambaran telefilem D0sa Tak Terampun arahan Bade Azmi di Kuang, Selangor, baru-baru ini.
Pelakon yang meraih trofi Artis Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) sebanyak lima kali itu berkata, hatinya lebih tersentuh apabila perlu melakonkan babak jen4zah dikafankan dalam telefilem Dosa Tak Terampun itu.
Foto: Berita Harian
“Allahuakbar, saya terkejut ketika membaca skrip. Seolah-olah apa yang terdetik dalam fikiran bakal terjadi.
“Hanya Allah sahaja tahu perasaan saya. Sekiranya pergi dan tak kembali, saya reda. Ini kerana semuanya kehendak Ilahi.
“Cuma, saya mahu mohon maaf terlebih dahulu kerana bimbang tidak berpeluang berjumpa lagi selepas ini,” katanya.
Membawakan watak ibu bernama Jamaliah menerusi naskhah menyayat hati, Wan Maimunah berkata, dia sanggup menyeksa diri dengan ikat batu di bawah tapak kaki menggunakan pita pelekat agar kelihatan tempang bagi menghayati watak pesak1t kencing manis.
Walaupun kesak1tan akibat meletakkan batu di tapak kaki dirasakan sehingga ke pinggang, Wan Maimunah berkata, dia tidak kisah asalkan wataknya menjadi.
“Saya bukan pelakon cerdik, jadi saya perlu mencari idea bagaimana menghidupkan karakter ibu yang menghidap penyakit kencing manis teruk.
“Mungkin pelakon hebat tidak perlu melakukan sehingga tahap ini, tetapi saya perlu melakukannya walaupun tersiksa dan sak1tnya hingga ke pinggang bagi memastikan gaya berjalan dilihat konsisten.
“Disebabkan watak Jamaliah suka memendam perasaan hingga tidak lepaskan segala penderitaannya, saya mengalami kesukaran bernafas seperti semput. Sedangkan, saya tidak pernah semput,” katanya.
Telefilem Dosa Tak Terampun mengisahkan Jamaliah, ibu tunggal yang memiliki dua cahaya mata, Junaidah dan Adik.
Kehidupan mereka tidak seperti keluarga lain kerana Junaidah menghidap skizofrenia akibat tekanan perasaan daripada kisah silam. Lebih memburukkan keadaan, anak Junaidah iaitu Jufri terjebak dengan ketagihan syabu.
Adik pula gadis yang terlalu mengejar kebendaan dan hidup dalam kancah maksiat.
Selain Wan Maimunah, telefilem itu turut dibintangi Fauziah Ahmad Daud, Nad Zainal dan Syafie Naswip.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Baru Press
SUMBER:Berita Harian via http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/
Be the first to comment on "Wan Maimunah S3ksa Diri Ikat Batu Di Bawah Tapak Kaki, “S4kitnya Sampai Ke Pinggang”"