Kuala Lumpur – K.elibat pelakon dan pelawak Ebby Yus berkerusi roda ketika tiba di lobi sebuah hotel bagi menghadiri program Sepahtu Reunion Live Tour 2022 di Pasir Gudang, Johor mendapat perhatian peminat.
Ebby atau Muhammad Yunus Abdul Rashid, 56, berkata, dia terpaksa menggunakan b.antuan kerusi roda untuk bergerak selepas kakinya terp.elecok ketika ingin keluar bekerja baru-baru ini.
Sekadar info, Ebby Yus ialah seorang pelawak dan pelakon Malaysia. Beliau paling diingati dengan peranan beliau dalamsiri sitkom televisyen Simpang Tiga. Kini, beliau terlibat dalam pelbagai drama, pementasan teater dan filem tempatan, terutamanya di stesen televisyen RTM.
Ebby Yus bersekolah di Sekolah Vokasional Ampangan, Seremban. Pada tahun 1983, setelah menamatkan sekolahnya, Ebby pindah ke Kuala Lumpur. Ebby memulakan kerjayanya dalam industri seni pada 1983, setelah ia berjaya menyertai satu uji bakat Asas T.arian di Kompleks Budaya Negara.
Doakan Kesembuhan
Pada awalnya saya jatuh terp.elecok ketika hendak keluar bekerja tetapi saya tidak dapatkan r.awatan meskipun sudah mula rasa s.akit ketika itu.
“Seminggu selepas itu, keadaan kaki bertambah t.eruk dan ketika itulah saya dibawa ke h.ospital,” katanya.
Dalam pada itu, Ebby berkata, disebabkan i.nsiden itu dia dit.ahan di wad sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selama empat hari bagi mendapatkan rawatan.
Sejurus selepas dibenarkan pulang, Ebby berkata, dia tetap meneruskan kerja seperti biasa termasuk membuat kemunculan bersama Sepahtu dengan menggunakan kerusi roda.
VIDEO :
“Ketika itu saya memang tak boleh berjalan lagi, jadi saya minta izin untuk guna kerusi roda. Balik sahaja daripada program berkenaan, saya jatuh p.engsan dalam bilik air mungkin kerana terlalu banyak berjalan, saya seolah-olah memaksa kaki untuk memijak,” jelasnya.
Disebabkan itu, Ebby berkata, dia dibawa dengan ambulan ke H.ospital Kuala Lumpur dan dirawat selama 12 hari sebelum dibenarkan pulang ke rumah.
Sementara itu, meskipun keadaan kakinya belum pulih namun Ebby berkata, dia tetap meneruskan perjalanan ke Johor bagi menyertai acara jelajah bersama Sepahtu.
Kata Ebby, pihak produksi memintanya berehat namun disebabkan komitmen dan rasa tanggungjawab, dia tetap turun padang bertemu dengan peminat.
“Apa yang anda lihat saya berkerusi roda di Instagram adalah kerana ingin mengurangkan berjalan disebabkan kaki belum pulih sepenuhnya. Tetapi Insya Allah saya akan beraksi tanpa kerusi roda. Alhamdulillah, saya kini sudah boleh berjalan,” jelasnya.
Tambah Ebby, dia juga masih perlu menerima r.awatan susulan bagi memastikan kakinya pulih dengan baik selain membuat pemeriksaan kes.ihatan lain seperti j.antung dan buahpinggang.
Ebby turut memohon dia peminat agar diberikan kesembuhan dan tahap kesihatannya beransur pulih seperti seperti biasa.
Tempoh hari bacaan buahpinggang saya tiba-tiba naik mendadak dan ia agak memb.imbangkan tapi Alhamdulillah selepas buat imbasan, bacaan itu turun semula.
Mudah-mudahan saya minta izin daripada Allah dan orang ramai untuk mendoakan kesembuhan saya bagi mempermudahkan segala urusan kerja.
“Saya masih ada beberapa tugasan yang perlu diselesaikan dan insyaAllah selepas ini saya akan mengambil masa untuk berehat,” ujarnya.
Kredit : Mstar/IG
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : online malaya
Be the first to comment on "Pohon Doa Orang Ramai, Pelawak Terkenal Ebby Yus Saklt. Ini Keadaan Terkini Beliau"