SELEBRITI Indonesia, Lucinta Luna mengakui tidak serik menjalani pembedahan untuk kelihatan cantik sehinggalah dia berjaya mendapatkan seorang suami.
Memetik laporan Suara.Com, Lucinta berpendapat kecantikan yang dimiliki olehnya itu nanti mampu menarik perhatian lelaki.
Katanya, untuk mendapatkan kecantikan seperti yang dimahukan dia perlu menjalani pembedahan lagi selepas ini.
Lucinta nak jadi cantik untuk tarik perhatian lelaki.
Perkara itu dikongsikan Lucinta ketika sesi temu bual bersama Luna Maya menerusi satu saluran YouTube.
Bagaimanapun, pandangan itu tidak dipersetujui oleh Luna Maya yang berpendapat Lucinta tidak perlu menjalani pembedahan sebaliknya mencintai dirinya sendiri.
“Tidak boleh macam itu, awak perlu hargai diri sendiri. Awak itu berharga,” kata Luna.
Lucinta berpendapat tiada cara lain lagi yang boleh dilakukan untuk menarik perhatian lelaki memandangkan suaranya juga tidak seperti perempuan.
“Habis nak buat macam mana lagi? Nak jual suara pun suara macam abang-abang,” katanya.
Lepas bedah buang halkum, Lucinta Luna hanya mampu telan betik
Terdahulu Selebriti sensasi, Lucinta Luna sudah mula aktif di media sosial selepas menjalani pembedahan membuang halkum di Hospital Busan, Korea Selatan.
Pembedahan plastik itu dilaporkan berjalan lancar dan Lucinta sudah membuat siaran langsung dalam akaun TikTok, meskipun dia belum pulih sepenuhnya.
Ketika siaran langsung tersebut, wajah Lucinta dilihat masih bengkak dengan dipenuhi luka yang masih berbalut.
Difahamkan, lelaki berimej songsang itu turut mengalami kesukaran ketika hendak makan.
Buktinya, dia hanya mengambil buah betik dengan disuap oleh orang lain disebabkan bibirnya juga bengkak sehingga sukar membuka mulut.
Situasi tersebut menimbulkan rasa simpati orang ramai terhadap Lucinta yang berusaha ingin menjadi lebih cantik seperti seorang wanita.
“Ini adalah definisi menyeksa diri sendiri, dia yang meminta sedemikian, jadi tidak perlu minta dikasihani,” tulis seorang netizen.
“Saya yang berasa ngilu dan sakit melihat keadaan seperti begini, bersyukur sahaja sama Allah SWT dengan apa yang diberikan,” kata netizen lain.
kredit: mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : trendingsangat.pw
Be the first to comment on "Tak serik buat pembedahan wajah, Lucinta Luna kata suara ‘abang-abang’ tak boleh jual. Sekali Luna Maya bagi nasihat. Memang makan dalam"