Kuala Lumpur: Penyanyi Shila Amzah menganggap rakan artis yang juga penyanyi, Amir Masdi seperti adik memandangkan jarak usia penyanyi itu enam tahun lebih muda daripadanya.
Jelas Shila, dia sudah masak dengan gosip sebegitu dan enggan melatah kerana menyedari kehidupan selebriti akan menjadi bahan atau subjek dalam media hiburan.
“Saya kenal Amir daripada adik saya… mereka memang kawan yang selalu bermain futsal dan badminton bersama. Umur dia pun lebih muda daripada adik saya.
“Jadi saya anggap macam adik saja, beza umur pun enam tahun. Saya rasa kelakar la bila gosip itu keluar. Tapi kami memang kawan saja,” katanya.
Malah, peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) itu berpendapat gosip cinta atau dikaitkan dengan mana-mana lelaki adalah perkara biasa dalam dunia seni.
“Mungkin untuk Amir sendiri, dia masih muda dan mentah dalam industri ini. Untuk saya sendiri, saya dah terlalu masak bila dikaitkan dengan mana-mana lelaki.
“Benda itu tak jadi masalah untuk saya. Sebab selama mana dalam industri, benda itu adalah asam garam di dalam kehidupan anak seni. Kalau seandainya dikaitkan, saya tak akan melatah.
“Sebab bagi saya benda itu normal. Kalau benda tu betul, betul la… kalau tak betul pun, kita kena bijak menangani la jangan cepat melatah.
“Bagi saya, media pun hanya jalankan tugas dan kita (anak seni) adalah content… kalau dalam media hiburan, kita ni adalah antara subjek yang besar,” kata Shila.
Sebelum ini, penyanyi lagu Kau Sakiti itu dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Shila selepas mereka kerap dilihat bersama. Amir ketika di temu bual mengenai gosip ini memberitahu dia dan Shila hanya sekadar rakan selebriti yang bermain badminton bersama.
Shila Amzah Tak Rasa Apa-apa Pun Bila Sebut Nama Sharnaaz
Penyanyi Shila Amzah berkata dia tidak lagi mempunyai apa-apa perasaan terhadap bekas kekasihnya, Sharnaaz Ahmad.
Memetik Astro Gempak, Shila berkata dia sudah pun move on dari kisah lalu dan tidak kisah untuk menyebut nama aktor itu di khalayak umum jika ada keperluan.
“Sebenarnya, hal itu mudah, apabila kita sudah move on, semua perasaan akan hilang, even perasaan benci sekalipun tak akan ada.“
“Bila kita sudah move on, takkan ada secebis sisa rasa apa pun terhadap bekas kekasih kita. Bila orang nak sebut nama Sharnaaz even saya sedang sebut nama dia sekarang… I don’t feel anything,” katanya.
Dalam pada itu, Shila berkata dia tidak mempunyai masalah dengan bekas kekasihnya itu dan tidak kisah jika ada peminat menyebut nama Sharnaaz.
“Saya tak kisah pun… secara profesionalnya atau peribadi, saya tiada masalah dengan Sharnaaz. Selalu sahaja saya bergurau dengan fans kalau mereka ada sebut nama Sharnaaz. Saya macam tak mengapalah, asalkan korang happy sudahlah ek,” katanya.
kredit: hmetro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : trendingsangat
Be the first to comment on "“Memang selalu bersama.. ”- Shila Amzah Akhirnya Jelaskan Hubungan Dia Amir Masdi"