UMUM mengetahui urusan memperbaharui pasport di pejabat imigresen tidak mudah kerana proses ini perlu dibuat dengan teliti atas faktor keselamatan negara.
Pendek kata, barisan yang panjang dan masa menunggu yang lama untuk urusan ini sudah menjadi perkara biasa.
Berlaku ‘drama’ antara seorang wanita dan pegawai imigresen baru-baru ini apabila proses memperbaharui pasportnya tidak berjalan begitu lancar gara-gara tidak menepati standard yang ditetapkan Jabatan Imigresen Malaysia.
Dalam satu video yang tular di laman TikTok @maddybreteche, wanita ini berkata dia sedia maklum terdapat beberapa garis panduan yang perlu diikuti dalam urusan ini, justeru dia hadir dengan hanya mengenakan solekan nipis untuk gambarnya diambil.
Malangnya bukan solekan yang menjadi masalah, tetapi bulu matanya yang dikatakan terlampau panjang oleh pegawai imigresen yang bertugas.
Menerusi perkongsiannya, wanita itu berkata dia antara percaya dan tidak percaya ketika membawa gunting ke bilik air untuk memotong penyambung bulu matanya (eyelash extension).
“Mereka tengok sepintas lalu muka saya dan mereka kata penyambung bulu mata saya terlampau panjang.
“Ini saiz 2D lah bro. Pegawai imigresen itu cakap dekat saya boleh datang semula hari lain.
“Memang tak boleh la sebab flight saya esok, jadi saya kata OK la saya potonglah,” cerita wanita tersebut sambil berjalan dan memegang gunting berwarna merah.
View this post on Instagram
Akur dengan situasi yang dihadapinya dan tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa memotong bulu matanya di tandas..
‘Babak’ seterusnya menunjukkan dirinya dalam keadaan tergopoh gapah untuk pergi memperbaharui pasport selepas bulu matanya siap digunting.
Ketika itu dia juga sempat menunjukkan reaksi seperti hendak termvntah apabila melihat wajahnya sendiri.
Ketika bertemu semula pegawai imgirisen itu, dia bertanya sama ada apa yang dilakukan sudah membolehkan dia meneruskan urusannya.
“Hi boss, ini boleh? Tak boleh potong lagi,” rayunya.
Selepas 30 minit, urusannya di pejabat imigresen itu selesai dan dia membawa pulang pasport yang sudah diperbaharui.
Wanita ini selesai urusan memperbaharui pasport dalam masa 30 minit.
“Masuk dan keluar dalam masa 30 minit, ini sangat luar biasa untuk Malaysia,” katanya.
Wanita itu sempat menambah di penghujung video bahawa dia juga diminta untuk membuka kanta lekap tetapi menolak permintaan itu kerana dia mengalami rabun kronik.
“Saya terpaksa letak jari saya dalam mata untuk membuktikan ia bukan kanta berwarna dan pegawai itu kata ‘OK’,” ujarnya.
Netizen juga berkongsikan pengalaman mereka ketika memperbaharui pasport di ruangan komen posting.
Antara komen warga maya.
“Pernah buat pasport dan mereka minta saya tarik tudung saya ke belakang sebab nak nampak muka sampai muka saya jadi macam pinggan.
“Saya bukan kanta, tiada mekap dan ikat rambut saya untuk perbaharui pasport. Lepas tu bila saya pergi ke airport mereka akan tahan saya sebab muka saya nampak berbeza dari gambar.
“Macam mana awak boleh bertenang ketika bercakap dengan mereka (pegawai imigresen) dan masih tersenyum,” tulis warga maya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : mstar.com.my
Be the first to comment on "“OK saya potonglah” – Bvlu mata panjang sangat, berlaku ‘drama’ di kaunter imigresen! Wanita akur gunting ‘extension’ demi pasport"