Sebelum ini Shuib dikenenkan dengan pelakon Zara Zya selepas sering dilihat bersama. Malah kedua-dua selebriti ini juga sering memuat naik video bersama menerusi laman sosial masing-masing.
Umum sedia tahu Shuib yang sudah setahun duda selepas isterinya, Allahyarham Siti Sarah meningg4l dunia. Jadi tidak hairanlah apabila ada sahaja gosip mengenai teman baru buat Shuib.
Terbaharu video Shuib dan Wan Sharmila pula mencuri perhatian ramai. Dalam rakaman tersebut Shuib dan pelakon wanita ini sedang buat video sahut cabaran trending kini, ‘Swipe Up Challenge’.
Berikut adalah perkongsian rakaman yang memaparkan Shuib dan Wan Sharmila sahut ‘Swipe Up Challenge’ yang dimuat naik menerusi akaun TikTok peribadi pelawak dan usahawan ini:
View this post on Instagram
Alahai sopan sungguh nampaknya kedua-dua selebriti ini buat cabaran tersebut. Masih menjaga tatasusila dan kesopanan. Bagaimanapun, di ruangan komen ada pula yang meluahkan setuju dan ‘approve’ jika Shuib bersama Wan Sharmila.
Tapi itulah, selagi kedua-dua selebriti ini tidak keluarkan sebarang kenyataan, kemungkinan hubungan mereka hanyalah sebagai sahabat sahaja. Mungkin sahaja peminat senang melihat jika hubungan mereka lebih dari itu.
Apa-apa pun rata-rata warganet meningg4lkan reaksi mereka mengenai pasangan ini di ruangan komen seperti berikut:
“Saya nampak muka seiras di sini..”
“Yang ni kami wakil netizen setuju!”
“Ala, Wan Sharmila ke Zara Zya. Penat teka teki”
“Suka tengok Shuib dengan Wan Sharmila ni..”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : https://himpunanceritalawak.com/
Be the first to comment on "Shuib Dan Wan Sharmila Buat Swipe Up Challenge, Ramai Pula Kenenkan Mereka!"