Sebut saja nama Sharifah Shahirah dan Sharifah Sakinah, semua pun tahu mereka berdua merupakan antara selebriti adik beradik yang amat popular di negara ini.
Sharifah Sahirah atau Shiera terkenal sebagai pengacara yang kelakar sebelum masuk ke dunia penyampai radio. Kini Shiera merupakan Deejay untuk Suria FM.
Lain dengan adiknya iaitu Sharifah Sakinah, seorang pelakon yang banyak isu sepanjang bergelar artis.
Namun Sharifah Sakinah sebenarnya seorang pelakon yang hebat dan boleh membawa watak serius dan juga watak kelakar. Kinah kini berada di Sweden untuk menerima rawatan sak1tnya.
Kali ini bukan nak cerita tentang dua adik beradik ini, namun tentang kakak mereka iaitu Sharifah Haslinda.
Untuk yang tak tahu, kakak mereka berdua bernama Sharifah Haslinda merupakan pelakon yang amat popular satu masa dulu.
Sharifah Haslinda atau lebih dikenali dengan nama Lynn, sering membawa watak utama dalam drama-drama di kaca televisyen. Ketika itu, Shiera dan Kinah belum lagi popular.
Pelakon ini mula mengundurkan diri dalam bidang lakonan setelah berkahwin.
Dalam perkembangan terbaru, Shiera ada muatnaik gambar terkini kakaknya itu. Antara yang mencuri perhatian ialah penampilan Sharifah Haslinda yang kini dah memakai niqab.
Video yang diupload oleh Shiera itu sebenarnya video lama, atau video throwback, sekitar awal tahun ini. Video ini menunjukkan Sharifah Haslinda sedang busy memasak untuk tetamu yang datang. Antara tetamunya ialah Michael Hansen, tunang kepada Sakinah. Ketika ini, Sakinah belum lagi pergi ke Sweden, mereka masih ada di Malaysia.
Apapun, penampilan Sharifah Haslina terus saja menjadi tumpuan para follower Shiera dan ramai yang tanya diruang komen.
“Wah itulah kakak Shiera kan, Sharifah Haslinda. Rindu dengan dia.”
“Lama tak tengok Sharifah Haslina atau Lynn. Cantiknya dia, dah berniqab dah. Semoga dia bahagia dengan keluarganya.”
Jom layan videonya.
View this post on Instagram
Untuk yang tidak tahu, Sharifah Haslinda kini sudah pun berumur 49 tahun, manakala Shiera berumur 46 tahun dan Sakinah paling muda, kini berumur 32 tahun.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/
Be the first to comment on "Netizen Teruja Penampilan Sharifah Haslinda, Kakak Shiera Dan Sakinah"