Selepas Rayuan Pelakon Melia Aimelia Cari ‘job’ Akibat Kesempitan Hidup, Ini Tindakan A. Aida

PELAKON Melia Aimelia sebak apabila luahan kepayahan hidup dan merayu mana-mana produser agar mengambilnya berlakon demi kelangsungan hidup mendapat perhatian produser, Datuk A. Aida yang menawarkannya terlibat dalam telefilem Rumah Tangga Berlumut.

Melia atau Noor Aimelia Zaidi, 28, berkata, selepas kisahnya disiarkan mStar, dia ada menerima panggilan telefon daripada wakil syarikat A. Aida Production yang menawarkan watak dalam drama arahan Riza Baharudin itu.

“Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada Datuk A. Aida kerana membuka peluang buat saya kembali sebagai pelakon dan dia seorang yang baik hati walaupun pertama kali kami berjumpa.

“Alhamdulillah selepas kisah saya disiarkan mStar sebelum ini, saya ada terima panggilan telefon daripada pihak A. Aida Production dan apabila dimaklumkan mengenai jadual dan lokasi penggambaran sekitar Kuala Lumpur saya terus terima.

Melia bertemu Datuk A. Aida di set penggambaran.

Melia mengucapkan ribuan terima kasih kepada A.Aida kerana mengambilnya berlakon.

“Selepas berbincang dengan ayah dan ibu, mereka memberi keizinan dan Insya Allah ini merupakan permulaan buat saya sebagai pelakon selepas lama menghilangkan diri,” katanya.

Melia ditemui sewaktu di lokasi penggambaran drama Rumah Tangga Berlumut di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Isnin.

Menerusi drama berkenaan, Melia memegang watak sebagai Rozie yang turut menampilkan barisan pelakon seperti Ikhram Juhairi, Jaja Ellyas, Rosnah Johari, Zaidi Omar dan Razak Ahmad.

Ia sedang menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur sehingga Sabtu ini dan akan ditayangkan menerusi saluran Salam HD (133) Unifi TV.

Melia memegang watak sebagai Rozie dalam Telefilem Rumah Bertangga Lumut.

Melia berkata, tawaran yang diterimanya itu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban keluaga terutamanya dalam mendapatkan rawatan bapa yang menghidap kanser.

“Niat saya hanya satu ingin membantu mengurangkan beban keluarga dan Insya Allah pendapatan yang diterima boleh digunakan untuk tujuan rawatan bapa yang sedang melawan kanser.

“Ini adalah keajaiban daripada Allah SWT, dengan doa-doa orang di luar sana yang mendengar rintihan dan suara hati saya serta keluarga. Saya mungkin tak sempat baca semua komen tetapi ibu memberitahu sangat ramai mendoakan kami. Terima kasih buat semua dan mStar kerana sudi membantu Melia sekeluarga,” ujarnya.

Selepas berbincang dengan ayah dan ibu, mereka memberi keizinan dan Insya Allah ini merupakan permulaan buat saya sebagai pelakon selepas lama menghilangkan diri.

Sementara itu, Melia memberitahu tahap kesihatan bapanya semakin menurun sejak kebelakangan ini dan pembedahan membuang nanah di kepalanya terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

Meskipun berat meninggalkan bapa di rumah, namun Melia berkata dia terpaksa berbuat demikian demi mencari rezeki buat mereka sekeluarga.

Tambahnya, walaupun sebelum ini A. Aida terpalit dengan kontroversi memilih pelakon berdasarkan rupa-paras namun tawaran yang diberikan memperlihatkan sisi baik wanita itu yang bermurah hati untuk membantu individu dalam kesusahan.

Melia bersama ayahnya Zaidi yang menghidap sakit kanser.

Melia tinggalkan dunia lakonan sebelum ini kerana menjaga bapanya yang diserang kanser.

Dalam pada itu, A. Aida yang ditemui di lokasi penggambaran telefilem itu berkata, dia memberi peluang kepada Melia selepas membaca kisahnya yang tersebar di media sosial malah ada ramai memaklumkan mengenai perkara itu di Instagram.

“Macam Melia ini saya tahu dia merupakan seorang pelakon dan ada asas lakonan, untuk telefilem ini sebagai percubaan terlebih dahulu. Saya selalu beri peluang kepada pelakon baru dan apabila membaca kisahnya saya terpanggil beri peluang ini.

“Saya ada tanya pengarah sama ada dia boleh berlakon atau tidak, Riza memberitahu mungkin boleh ambil berlakon untuk slot Akasia pula selepas ini,” katanya.

Datuk A.Aida akan menawarkan Melia untuk projek yang akan datang.

Portal mStar dalam laporannya sebelum ini menyiarkan luahan Melia yang berhadapan kesempitan hidup kerana tiada pendapatan tetap dan hanya berharap bantuan daripada badan kebajikan berikutan tanggungjawabnya menjaga keluarga termasuk bapa yang sakit sementara adiknya pula ialah Orang Kelainan Upaya (OKU).

Melia memperlahankan karier seni pada tahun 2012 kerana menjaga bapanya yang sakit menyebabkan ramai menyangka dia sudah mengundurkan diri daripada industri lakonan.

kredit: mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : trending

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Selepas Rayuan Pelakon Melia Aimelia Cari ‘job’ Akibat Kesempitan Hidup, Ini Tindakan A. Aida"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*