Isteri Yonnyboii Dikatakan Makin Seksi, Gaya Pakaian Ditegur

Baru-baru ini kecoh di sosial media dengan penampilan isteri kepada penyanyi, Yonnyboii yang dikatakan berpenampilan agak sek si. Isteri kepada Yonnyboii yang dikenali dengan nama Nik Nazira ini dahulunya pernah tampil berhijab sebelum menikahi lelaki tersebut.

Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada November tahun lalu dan dilihat Nik Nazira semakin hari makin daring penampilannya.

Terbaru, Nik Nazira yang berusia 23 tahun itu memuat naik satu video menerusi akaun TikTok miliknya membuat trend ‘You Don’t Even Exist to Me’ dengan mengenakan fesyen pakaian serba hitam bersama suaminya.

Apa yang menjadi bualan hangat warganet adalah gaya pakaiannya yang dikatakan agak menjolok mata.

Dalam rakaman itu Nik Nazira mengenakan skrit pendek dengan baju yang agak mende dahkan sebahagian tubuhnya.

Berikut adalah perkongsian rakaman yang memaparkan Isteri Yonnyboii dikatakan makin seksi tersebut:

VIDEO 1

Dalam muat naik berbeza, wanita muda ini dilihat memakai pakaian sama dan berjalan seakan di pentas peragaan dengan memaparkan pakaiannya itu. Berikut adalah rakaman tersebut:

VIDEO 2

Di ruangan komen, rata-rata warganet ada yang menegur isteri Yonnyboii dikatakan makin sek si tersebut. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen muat naik yang telah menjadi perhatian ramai itu:

“Makin seksi dah ni”

“Kalau pakai tudung dulu takleh aa pakai gini orkkkk”

“Wow makin cekci ek”

“Makin menjadi jadi ahahaha”

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : HCL

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Isteri Yonnyboii Dikatakan Makin Seksi, Gaya Pakaian Ditegur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*