Phon Doa Orang Rmai. A Aida Akhlrnya Britahu Hbungan Dngan Wak D0yok Buat Rmai Tak Sngka

Kuala Lumpur – Penerbit Datuk A Aida menyerahkan urusan jodoh bersama pempengaruh media sosial yang juga pelakon, Wak Doyok di tangan Tuhan susulan video kem.esraan tersebar, baru-baru ini.

A Aida, 52, enggan mengulas lanjut hubungan dengan Wak Doyok, 43, tetapi tidak menafikan rapat dengan personaliti fesyen itu sejak 2016 lagi.

Sekadar info, Dato Zaidah binti Awang atau A. Aida merupakan seorang pelakon dan penerbit televisyen Malaysia, beliau ialah pengasas dan pengarah urusan A. Aida Production yang ditubuhkan pada 2003.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah membintangi sebanyak 100 drama dan 3 filem serta telah mengarahkan beberapa drama dan muzik video. Selain itu, beliau juga ialah seorang penulis skrip, komposer dan penulis lirik.

A. Aida juga pernah bekerja di belakang tabir sebagai penolong pengarah dan pengurus penerbitan. A. Aida dianugerahkan pingat kebesaran Darjah Indera Mahkota Pahang pada tahun 2015 yang membawa gelaran Dato dengan panggilan Yang Hormat.

Suka Lelaki Bergaya

“Kami sudah lama kenal. Wak Doyok adalah best friendforever dan sangat penyayang. Mengenai sejauh mana perhubungan kami, saya tidak mahu komen lanjut, tetapi meminta doakanlah. Sekiranya ada jodoh, adalah,” katanya ketika dihubungi.

Bagi penerbit filem Ratu Kala J.engking itu, sifat Wak Doyok yang mengambil berat, kelakar dan bergaya membuatkannya tertarik kepada jejaka berkenaan.

“Dia seorang yang l.oving, mengambil berat dan bergaya. Saya sukakan lelaki bergaya kerana saya juga suka bergaya dan menjaga penampilan diri,” katanya.

Mengulas kenyataan dikeluarkan ibu Wak Doyok yang keberatan menerima menantu berstatus j.anda, A Aida mengakui, dia sedar mengenai perkara itu.

Saya tahu mengenainya, sebab itulah saya hanya berserah kepada jodoh. Sekiranya ibu Wak Doyok memberikan lampu hijau, adalah jodoh kami.

“Namun, setakat ini, saya masih belum bertemu dengan ibunya lagi,” katanya.

Ditanya tidakkah serik berkahwin lagi, A Aida akui, tentunya dirinya serik untuk berkahwin selepas beberapa kali berdepan keg.agalan dalam rumah tangga, termasuk kali terakhir pada 2019.

Bagaimanapun, katanya, keinginan kembali hidup berpasangan kembali menerpa selepas tiga tahun hidup sendiri.

Sebelum ini, saya pernah rasa s.erik mahu berkahwin lagi, tetapi terasa sunyi pula apabila tiga tahun hidup sendiri.

Walaupun sentiasa sibuk dengan kerja, tetapi saya juga tidak boleh lari daripada rasa sunyi dan memerlukan seorang lelaki untuk berkongsi suka d.uka.

“Cuma, anak-anak sudah berpesan agar mencari pasangan bekerjaya. Jadi, Wak Doyok memiliki kriteria yang saya inginkan,” kata A Aida.

Bukan memilih, sebaliknya, A Aida berkata, ia bagi menjaga rasa hormat pada pasangan apabila memiliki kemampuan sama.

Kredit : BH/IG

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : onlinemalaya

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Phon Doa Orang Rmai. A Aida Akhlrnya Britahu Hbungan Dngan Wak D0yok Buat Rmai Tak Sngka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*