[VIDEO] Dngan Skali Lafaz, Hana Ismal Sah Istri Dal Syed. Ssuatu Trjadi Masa Akad Nlkah Buat Rmai Kagum

Kuala Lumpur – Sebelum ini, pend.akwah selebriti, Da’i Syed mend.edahkan foto tular yang memperlihatkan dia dan pengacara Hana Ismail diiringi ibu kedua-dua belah pihak di sebuah kediaman adalah untuk mengenali lebih lanjut antara satu sama lain.

Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful berkata, foto itu hanyalah majlis pertemuan dua keluarga selain mengaku sedang mengenali rapat dengan wanita itu.

Dengan Sekali Lafaz

P.endakwah selebriti Da’i Syed sah bergelar suami kepada personaliti TV, Hana Ismail dengan sekali lafaz pada Sabtu.

Majlis pernikahan pasangan tersebut berlangsung di Masjid Ibnu Masud Kuala Lumpur dan pasangan itu disatukan kira-kira pukul 11.40 pagi.

Syed, 27, dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Ismail Dahwan yang disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Majid Ibnu Masud Kuala Lumpur iaitu Mohd Nazri Yacob.

Menariknya, pengantin lelaki dinikahkan menggunakan bahasa Arab.

Pada majlis tersebut, Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful menyerahkan mas kahwin berbentuk seutas g.elang emas kepada pengantin perempuan.

Bagaimanapun wang hantaran dir.ahsiakan jumlahnya.

Majlis tersebut dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat kedua-dua belah pihak.

Sementara itu, Syed ketika ditemui bersyukur majlis berkenaan berjalan lancar selain tidak menyangka hari yang dinantikan menjadi kenyataan.

Syukur semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada ahli keluarga yang banyak memb.antu dalam menguruskan perjalanan majlis.

“Memang berde.bar menjelang hari pernikahan tetapi pastinya, saya amat gembira kerana kini sah bergelar suami,” katanya.

Dalam pada itu, pasangan pengantin akan diraikan dalam majlis kenduri yang akan diadakan di Shah Alam pada sebelah malam.

Terdahulu, Syed dan Hana mengikat tali pertunangan pada 23 Oktober lalu di kediaman personaliti TV itu di Johor Bahru.

Pasangan itu berkenalan ketika menghadiri sebuah majlis agama dan mengambil keputusan melangkah ke fasa seterusnya walaupun tempoh perkenalan mereka singkat.

Kredit : Mstar/IG

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : onlinemalaya

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Dngan Skali Lafaz, Hana Ismal Sah Istri Dal Syed. Ssuatu Trjadi Masa Akad Nlkah Buat Rmai Kagum"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*