Pelakon terkenal, Maya Karin mended4hkan dia diser4ng ‘pan1c att4ck’ atau anxiety ketika menyampaikan anugerah di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang disiarkan secara langsung di TV2 pada malam Jumaat.
Situasi itu menyebabkan aktres cantik yang sinonim dengan lakonannya dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam itu meng1ggil dan hampir p1tam ketika membacakan anugerah bagi Kategori Pelakon Lelaki Terbaik.
Melalui laman sosial Instagramnya, Maya bagaimanapun berkata, rakan artis, Faizal Hussein yang pada ketika itu turut menjadi pasangan penyampai anugerah menyelamatkan dia daripada terj4tuh di pentas.
Ketika diserang dengan perasaan panik itu, Maya sempat meminta maaf dan terpaksa memegang bahu Faizal untuk memastikan dia tidak terjatuh atau tersvngkur.
Sambil dibantu Faizal, Maya juga membuka kasut tumit tingginya, spontan meneruskan malam anugerah dengan membaca skrip di kad pencalonan anugerah.
Maya Karin Tangani Ser4ngan Pan1k Dengan Baik
Melihat cara Maya tangani masalah serangan panik tersebut, boleh dijadikan panduan untuk yang lainnya jika berdepan dengan situasi yang sama. Di mana Maya membuka kasut dan ia merupakan salah satu cara untuk grounding selain mengambil nafas (deep breathing) ini sebagaimana memetik perkongsian Public Health Malaysia.
View this post on Instagram
Grounding adalah cara yang berkesan untuk menenangkan kebimbangan semasa serangan panik. Dalam proses ini, anda mengenal pasti objek di sekeliling anda untuk membantu otak anda mengenali di mana anda berada.
Ini mewujudkan rasa selesa kerana anda tahu di mana anda berada dan anda berasa lebih mengawal keadaan.
Hanya yang mengalami masalah ini benar benar faham situasi yang dialami kelmarin. Jika tidak di tangani dengan baik, serangan panik boleh menjadi lebih teruk dan pesak1t boleh pitam.
You did very well Maya! dan telah melakukan tugasan di pentas besar dengan baik.
A
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : KELUARGA
Be the first to comment on "Maya Karin Kena Pan1c Att4ck, Terpaksa Tanggal Kasut Di Pentas FFM32 – “Satu-Satunya Cara Saya Bertenang…”"