Ibu Halimah, Pengasas Jamu Mak Dara Men1nggal Dunia. Anak Kongsi Momen Terakhir, Buat Ramai Seb4k!

Mungkin ada antara kita selama ini begitu biasa dengan produk Jamu Mak Dara, diamalkan untuk tujuan menjaga kesihatan tubuh badan. Diakui produk Jamu Mak Dara pernah mencipta fenomenanya yang tersendiri dalam penerimaan kaum wanita sebagai alternatif mengamalkan jamu untuk kekal cantik dan sihat .

Pun begitu, kita telah dikhabarkan dengan berita duka hari ini apabila pengasas produk jenama Jamu Mak Dara, Halimah Shuib dilaporkan telah men1nggal dunia ketika dalam tidur pada usia 78 tahun, kira-kira jam 8.00 malam Ahad.

Berita dvka itu disahkan oleh anaknya yang juga Pengarah Urusan Jamu Mak Dara (JMD) Sdn, Bhd, iaitu SM Gadaffi Syed Ali.

Jelas Gadaffi atau mesra disapa Abib, arw4h terdahulu seakan sudah memberi bayangan untuk ‘pergi’, namun mahu melihat dia terlebih dahulu hadir mengambil ijazahnya di majlis konvokesyen yang berlangsung pada siang Ahad.

“Dia dah sampai masa sebenarnya, sebelum itu dia dah kata nak ‘balik’. Cumanya dia ada bagi tahu satu hasrat nak tengok saya konvokesyen dulu.

“Pada pagi Ahad saya graduate dan terus buat panggilan video dengan arwah, saya ucap terima kasih kerana lahirkan saya dan akhirnya dapat juga graduate.

“Dia balas, Alhamdulillah bagus anak ibu berjaya. Kemudian lepas waktu Zohor terus dia dah lembik.

“Lebih kurang 8 malam lebih sikit macam tu kejut untuk ajak makan malam dia dah tak sedar, bila periksa jantung dah berhenti,” ceritanya  yang kali terakhir bertemu dengan ibunya pada dua hari yang lalu.

Sedih dengan berita pemergian ibu tercinta, Abib yang sememangnya rapat dengan ibunya dan bersama-sama meneruskan empayar JMD bagaimanapun reda dengan ketentuan Ilahi.  Baginya, dia sudah melaksanakan tanggungjawab sebagai anak sehabis baik.

“Saya bersyukur dapat jalankan tugas sebagai seorang anak. Saya sempat berterima kasih dan minta maaf pada dia, minta halal segalanya termasuklah susu badan ibu.

“Sekarang ini keadaan saya sudah pasti sed1h sebab itu mak saya. Saya antara yang paling rapat denga arw4h dan banyak perkara yang kami lalui dan buat bersama.

“Dia pun banyak mengajar saya tentang hidup. Saya sempat bawa dia pergi Umrah dan Haji itu yang buat saya sangat bangga dan bersyukur sebagai seorang anak,” tambahnya.

Difahamkan, jen4zah Allahy4rhamah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rengit, Batu Pahat Johor sekitar jam 9 pagi tadi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : KELUARGA

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ibu Halimah, Pengasas Jamu Mak Dara Men1nggal Dunia. Anak Kongsi Momen Terakhir, Buat Ramai Seb4k!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*