Kuala Lumpur – Baru-baru ini tular sebuah video di Tik.Tok yang memaparkan seorang pelakon, Zarina Anjoulie bersama seorang jejaka m.isteri.
Menerusi video yang sudah dipadam di aplikasi Tik.Tok, dapat dilihat Zarina atau lebih mesra disapa sebagai Anju bersama jejaka berkenaan dilihat di sebuah bilik pameran motosikal berkuasa tinggi.
Anju Jawab Siapa Jejaka Tersebut
“Dia cikgu renang anak saya, Martin,” kata pelakon Zarina Anjoulie, 35, mengenai video di Tik Tok memaparkan dia bersama seorang lelaki yang did.akwa segelintir netizen adalah teman lelakinya.
Zarina atau nama sebenar, Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul ketika dihubungi berkata, setakat ini dia tiada perancangan untuk berkahwin.
Saya kadang-kadang ada juga kawan lelaki. Biasalah, kita kawan-kawan. Kalau nanti saya betul-betul ada teman lelaki, saya akan beritahu.
“Dia itu cikgu s wimming Martin. Kami hanya kawan,” katanya menerusi kiriman mesej di Whats.App.
Rata-rata komen ditinggalkan netizen kepada Zarina dan lelaki itu sangat positif, termasuk mendoakan yang baik-baik buat pelakon berkenaan agar dipertemukan jodoh boleh memimpin dan melindunginya.
Zarina yang sering terp.alit dengan cerita sensasi adalah ibu tunggal kepada seorang anak lelaki dan pernah ga.gal dalam dua perkahwinannya sebelum ini.
Zarina pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki berasal dari Brunei pada 2015 dan berc.erai pada Disember 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Awangki Gabriel Martin Ezra yang kini berusia enam tahun.
Pada 20 Julai 2020, Zarina berkahwin kali kedua dengan Eilyas Azhar, namun mereka dilaporkan berc.erai dua kali pada Februari dan Mei tahun lalu. Bagaimanapun, mereka tidak memiliki cahaya mata.
Kredit : HM/IG
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : onlinemalaya
Be the first to comment on "Ramai Ucap Tahniah Ada Kekasih Baru, Zarina Anjoulie Dedah Siapa Jejaka Ini Buat Ramai Terkejut"