Kuala Lumpur – Pasti ramai peminat drama dan seni tanah air merindui lakonan dan w.ajah penuh kelembutan milik pelakon cantik, Siti Shahrizah atau lebih dikenali sebagai Eja.
Namanya kini seakan s.epi daripada dunia seni. Eja kini sudah pun berhijab dan tampil selesa dengan imej sopan seorang muslimah.
Sekadar info, Siti Shahrizah Eja Saifuddin merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan pengacara bersama Roda Impian, di Astro Ria dari 1999 hingga 2003. Beliau turut mengacarakan beberapa rancangan lain termasuk rancangan untuk remaja, Zoom oleh Astro, di TV1 mengenai fesyen dan gaya h.idup.
Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata Eja apabila ditanya tentang pembabitannya dalam industri seni.

Saya tidak tahu orang lain tetapi diri saya, pada usia ini benar-benar rasa sunyi dan sepi. Mungkin Allah sedang mendidik saya untuk mel.epaskan cinta dunia. Itu perasaan saya hadapi kini.
Kini saya lebih suka bersendiri jauh dari sorotan lampu g.lamor yang pernah dikecap dahulu. Memang ada mendengar kata-kata kecil saya sudah tidak mahu bergaul lagi atau sudah s.ombong. Saya bukan begitu, sebenarnya mahu betul-betul manfaatkan masa yang bers.isa dengan Pencipta, suami dan anak.
Apa yang pasti, tumpuan utama Eja sekarang adalah kepada keluarga dan anak perempuannya, Nur Eishal. Apatah lagi, anak tunggal Eja kini sudah berusia 11 tahun dan memerlukan sepenuh perhatian daripadanya sebagai ibu.
Akui Eja, sejak bergelar ibu tumpuan terhadap anak bukan sekadar 100 p.eratus bahkan lebih daripada itu terutamanya apabila Nur Eishal sudah memasuki alam persekolahan.
Demi memastikan anak tersayang menerima didikan sebaiknya, Eja sanggup tidak menerima sebarang tawaran berlakon dan tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti.
Mula dikenali menerusi gameshow, Roda Impian. Pernah membintangi beberapa filem antaranya Bilut, Eja cukup sinonim dengan watak wanita Timur yang sarat kelembutan dek kerana wajah ayu dan tutur kata yang sopan.
Disifatkan seorang selebriti yang cukup menjaga p.rivasi diri, Eja merupakan isteri kepada usahawan Mohd Silahuddin Jamaluddin. Sepanjang lebih dua dekad bergelar anak seni, Eja turut pernah mengg.ondol anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem J.anin dalam Festival Filem Malaysia.
Mengimbas kembali pengakuan Eja berhubung imej dan penampilan diri ke arah yang lebih sopan, ini jawapan telusnya.
Syukur alhamdulillah bila usia begini Allah memberi hidayah dan petunjuk untuk Eja menuntut ilmu. Dan alhamdulillah banyak mereka-mereka di sekeliling ini membantu Eja untuk mendalami ilmu agama dan juga mereka memperkenalkan Eja dengan yayasan.

Ada kawan-kawan yang buat p.rivate usrah di rumah mereka dan Eja berasa sangat seronok. Bila kita sudah ada ilmu segala tindak tanduk kita, perkataan kita itu sudah ada asas.
Maknanya tindak-tanduk dan kata-kata kita tu menunjukkan orang yang sudah berilmu.
Mengulas lanjut mengenai peranan seorang wanita Muslimah, Eja menyusun bicara. Kalau dilihat, untuk seorang wanita kalau jadikan diri kita sebagai wanita Islam untuk masuk syurga itu sangat mudah dan berkeluarga itu adalah salah satu daripada j.ihad kita dan membuat kerja rumah itu juga adalah j.ihad kita dan pahala kita sangat besar di situ.
Bagi saya sendiri, saya tak tahu itu semua. Kalau tahu saya beranak banyak, selorohnya.
Mengintai laman media sosial Eja, sememangnya wanita anggun ini jarang mengemas kini perkembangan terbaharu mengenai dirinya. Kebanyakan posting Eja lebih berkisar kepada kehidupan Nur Eishal dan perkara-perkara yang berbentuk n.asihat atau islamik.
Diharapkan agar Eja sentiasa berada dalam keadaan sihat di samping keluarga tersayang dan kembali mengubati rindu peminat.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : om

Be the first to comment on "Lma Tak Mncul Di KacaTV, Ini KeadaanTrkini Plakon CantlkEja Buat Rmai Pminat Mnd0akan"