Ramai Sebak Tonton Video ‘Throwback’ Uwais Bersama Arwh Siti Sarah

Anak sulung kepada pasangan selebriti Shuib Sepahtu dan Allahyarham Siti Sarah, Uwais Al Qarni telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-11, baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik di akaun TikTok, ia telah mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen yang melihat video kenangan Uwais dan ibunya itu.

@sitisarahshuib84 Happy Birthday Uwais Al Qarni anak manjaaa ibu daddy ni 💐🎂🍰🧁 #shuibsepahtu #sitisarah #uwaisalqarni@Shuib Sepahtu ♬ Buah Hati – Armada

“Happy Birthday Uwais Al Qarni anak manja ibu daddy ni,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak melihat video tersebut dan turut mengucapkan selamat ulang tahun kepada Uwais.

“Tiba-tiba air mata ibu terasa nak menitis tengok video ini. Semoga anak-anak Allahyarham Siti Sarah sentiasa dalam rahmat Allah dunia akhirat. Amin.

“Eh kenapa nangis tengok video ini. Al-fatihah bidadari syurga. Happy Birthday copy paste mummy. Semoga jadi abang yang terbaik dan anak yang soleh untuk mummy dan daddy.

“Selamat hari lahir Uwais Al Qarni. Semoga menjadi abang yang terbaik buat adik-adik dan anak soleh buat mummy dan daddy. Ibumu seorang wanita yang hebat. Al-fatihah,” komen netizen

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir yang mengatakan bahawa seakan-akan merasakan seperti arwah Siti Sarah sendiri yang memuat naik video ini.

“Kenapa rasa macam ibu dia yang post ni eh,” komen salah seorang netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 373,000 tontonan, 38,000 tanda suka dan lebih 223 komen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : xtra

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ramai Sebak Tonton Video ‘Throwback’ Uwais Bersama Arwh Siti Sarah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*