Baru-baru ini perkongsian pelakon Puteri Sarah Liyana menjadi perhatian dan bualan ramai apabila memuat naik foto ‘berbadan dua’ di media sosial miliknya.
Menerusi entri itu, Puteri Sarah dilihat memakai dress berwarna hitam putih sambil tangannya memegang bahagian perut. Puteri Sarah turut menulis kapsyen ringkas mengucapkan selamat pagi.
Perkongsian Puteri Sarah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji aktres itu kelihatan berseri-seri. Namun, ada yang mengatakan mungkin imej itu sekadar untuk lakonan yang dijayakannya.
Memetik Oh Bulan, Sarah menjelaskan mengenai foto tersebut bahawa dia hanya ‘hamil’ dalam lakonan. Sarah juga mengatakan berat badannya bertambah mencecah 59 kilogram serta mengakui hatinya sedang bahagia.
“Shooting la (ketawa). Tapi memang muka saya dah tembam macam mengandung. Bila tengok gambar eh kena pula muka dengan perut itu. Saya dah 59 kg sekarang. Saya yang nak tembam, hati tengah bahagia,” katanya.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Sarah berkata dia mahu move on dan bahagia dengan anak-anak, namun kes saman masih tetap berjalan.
“Masa ulang tahun kelahiran pada 1 Disember lalu, saya dah ada azam baru iaitu nak buang yang keruh ambil yang jernih. Saya nak move on. Tetapi saman tetap berjalan. Yang salah mesti didakwa. Cuma nak start move on dan jaga diri sendiri bagi gembira.
View this post on Instagram
“Saya nak bahagia dengan anak-anak. Tahun depan pula saya nak fokus penggambaran filem di Jakarta, Indonesia,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : rotikaya
Be the first to comment on "Kongsi Gambar ‘Hamil’, Puteri Sarah Mengaku Hati Tengah Bahagia"