Seb4k mendengar pengakuan ikhlas pelawak bernama Joey Daud ini. Jujur mengakui, ketika sibuk dengan melawak, dia terlalai sehingga terlupa akan tanggung jawabnya.
Tiga kali berkahwin namun mengalami kegagalan, Joey yang mempunyai tiga anaknya dari perkahwinan terdahulu ditinggalkan sejak kecil lagi. Kini semuanya sudah besar dan ada yang sudah memasuki usia 20 tahun.
Biarpun tidak bersama, namun mereka masih berhubung. Namun satu kejadian membuatkan dia tersentak dan terus berfikir di sebalik kejadian tersebut.
“Pernah anak-anak kena perli oleh kawan dan juga cikgu mereka sendiri sebab kelakuan ayah sendiri yang berlakon dan bersentuh dengan orang perempuan.
“Waktu itu anak-anak masih sekolah. Mereka hubungi saya dan meminta boleh tak kalau nak berlakon jangan itu ini. Ketika itu baru sedar aku rupanya ada anak.
“Jadi, setiap kali dapat tawaran, aku meminta boleh tak tidak bersentuh melampau dengan pelakon perempuan. Waktu itu orang beranggapan aku takut bini. Sebenarnya orang tak tahu, Demi Allah aku buat kerana anak-anak.
Joey dalam pada itu turut meminta maaf kepada ketiga-tiga anaknya.
“Aku nak minta maaf pada anak-anak aku iaitu Wawa, Awin dan Zidani. Percayalah baba sayang sangat pada kamu semua. Percayalah kamu semua sentiasa ada di hati baba.
‘Sepanjang aku hidup dua perkara susah aku nak buat iaitu besarkan anak dan kerjaya sebagai pelawak. Orang nampak aku happy dan hiburkan semua orang.
“Bila aku buat benda tak kelakar akan kena kecam tapi aku terima. Tetapi yang tak boleh terima bila anak-anak kecam kerana aku tahu aku yang bersalah.
“Ampunkan babah kerana selama ini kita tak bersama, dan alhamdulillah aku dapat berjumpa dengan mereka. Malah aku juga sudah ada cucu. Alhamdulillah AKU BERSYUKUR SANGAT kerana dapat berkumpul semula dengan anak-anak. TERIMA KASIH ALLAH kerana menemukan aku dengan anak-anak aku semula.
Lupakan bidang nyanyian
Pelakon komedi, Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud mengakui kurang bernasib baik untuk meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian selepas beberapa insiden buruk berlaku terhadapnya.
Joey berkata, walaupun masih mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang itu dia memberitahu tidak mahu terlalu berharap kerana bimbang terpaksa berhadapan dengan cabaran yang akhirnya mengundang kekecewaan.
“Saya pernah menghasilkan album bersama Datuk M.Nasir. Walaupun ia adalah karya yang bagus tetapi pelbagai masalah dan kontroversi timbul sehingga ia senyap begitu sahaja.
“Malah ketika melancarkan sebuah album di Indonesia pada tahun 1999 saya sekali lagi kecewa apabila bangunan syarikat rakaman di Jakarta terbakar dan menyebabkan aktiviti promosi tergendala walaupun album berkenaan telah terjual sebanyak 600 ribu unit di Indonesia.
“Saya masih menaruh harapan untuk kembali menyanyi dan yakin dapat diterima peminat cuma bimbang akan timbul pelbagai masalah seolah-olah ia satu badi buat diri saya,” katanya.
Joey yang pernah popular dengan lagu Beradu Suratan turut mengakui dia kini lebih dikenali sebagai pelakon terutama di kalangan peminat-peminat baru.
Ini komen dari Afdlin Shauki tentang Joey:
“Seorang yang sangat saya kagumi… kerjanya ikhlas tak kira berlakon atau berlawak… dan seorang yang tak malu untuk berlaku jujur pada dirinya dan kepada sekelilingnya.
Gua respect lu seorang karyawan yang tak serik-serik memberi yang terbaik untuk penonton walaupun di disebalik senyumannya mempunyai banyak cerita yg menyedihkan. You are an asset to the industry brother Joey. Love you.”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : klmenjeritvideo.dnq
Be the first to comment on "“Orang Ingat Aku Takvt Bini, Demi Allah Aku Buat Kerana Anak-Anak.” – Joey"