Comelnya. Genap Tiga Bulan, Pengacara Jihan Muse Tayang Wajah Bayi beritahu Nama yang diberi

Kuala Lumpur – Sebelum ini iaitu selepas tiga minggu bersalin, pelawak dan pengacara p.opular Jihan Muse ada memperkenalkan anak keduanya kepada umum.

Berita gembira tersebut dikongsikannya selepas memuat naik semula kemas kini suaminya Ungku Haris.

Jihan serta suaminya iaitu Ungku Hariz sepakat memilih nama Ungku Altamis Barr khas buat putera keduanya itu.

“Assalamualikum. Izinkan saya memperkenalkan hero kedua kami sebagai Ungku Altamis Barr Hariz Faizal,” katanya.

Pasangan ini berkongsi mengenai perkara itu menerusi laman Instagram pada Jumaat.

Semoga Allah Rahmati Keluarga Kecilku

Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa selamat melahirkan anak keduanya itu di sebuah pusat perubatan swasta pada 6 September lalu.

Sebelum ini, pasangan itu hanya dilaporkan media menimang cahaya mata kedua seepas memuat naik semula u.capan tahniah dari rakan terdekat di IG Story pada 8 September lalu.

Ketika itu biarpun belum membuat pengumuman rasmi berhubung kehadiran orang baharu, muat naik semula yang dilakukan itu secara tidak langsung mengesahkan khabar gembira.

Sebelum ini Jihan mend.edahkan dia hanya tahu dirinya berbadan dua selepas melakukan ujian calitan C.0vID19 sebagai prosedur menjadi pengacara Anugerah Meletop Era 2021 AME2021 yang sepatutnya berlangsung pada Januari lalu.

Jihan juga tidak mengendalikan Gegar Vaganza musim ke sembilan bersama teman gandingan, Nabil Ahmad yang akan bermula pada 18 September ini.

Tempatnya itu digantikan pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein.

Sementara itu, rata-rata peminat dan rakan artis turut meluahkan rasa teruja dengan perkongsian pasangan ini.

Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 29 Mac 2016. Mereka dikurniakan anak lelaki sulung bernama Ungku Arsalan Haq yang telah berusia empat tahun.

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber/Kredit : Astro/IG/om

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Comelnya. Genap Tiga Bulan, Pengacara Jihan Muse Tayang Wajah Bayi beritahu Nama yang diberi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*