“Tak Ada Rezeki… Kakak Doakan Mama Boleh?” – Luluh Lihat Isteri Achey Pujuk Anak Menangis Bila Tahu Baby Tak Ada

Luluh hati melihat tangisan anak angkat kepada pelawak Achey iaitu Nur Tiara Zinnirah apabila mengetahui dirinya tidak dapat menjadi seorang kakak.

Perkongsian video memperlihatkan isteri Achey memujuk anak perempuannya selepas dimaklumkan keputusan proses persenyawaaan in-vitro (IVF) gagal mengundang rasa sebak netizen.

“Mama kan ada, kakak kan ada kawan mama. Nanti mama buat lagi baby okay. Kakak doakanlah mama boleh?

“Kakak doakan mama ya? Kenapa? Kakak nak baby? Kakak doalah banyak-banyak nanti mama buat lagi. Kakak nak kawan?

“Tapi ni tak ada baby lagi tau, tak ada rezeki. Nanti Allah bagi rezeki baru kita ada okay? Ni kakak kawan dengan mama aja boleh?,” ujar Anne memujuk anaknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Anne Achey (@anne_achey._)

Menerusi perkongsian itu, Nur Hasanah Yahaya atau mesra disapa sebagai Anne menganggap dia dan suaminya belum ada rezeki untuk dikurniakan cahaya mata.

“Keputusan ujian IVF negatif. Kita usaha, Allah menentukan. Mungkin belum ada rezeki untuk kita. Kakak sabar ya, insyaAllah ada rezekinya nanti.

“Kalau kakak sedih, mama dengan ayah 10 kali lagi sedih. Mama sayang awak dan ayah awak,” tulis Anne di kapsyen perkongsian itu.

Sebelum ini, Achey berkongsi berita duka mengenai keputusan proses persenyawaan in-vitro (IVF) yang dijalani isterinya, Nur Hasanah Yahaya

Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial, Achey memaklumkan biarpun proses yang dilakukan isterinya itu gagal namun dia tetap bersyukur dan reda dengan keputusan itu.

Pada 9 Disember lalu, Achey berkongsi perkembangan IVF ketika itu sudah melalui proses memasukkan embrio matang ke dalam sistem peranakan.

Untuk info, Achey dan isteri mendirikan rumah tangga pada 2011 dan mereka mempunyai seorang anak angkat perempuan bernama Nur Tiara Zinnirah yang kini berusia empat tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : Gempak

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Tak Ada Rezeki… Kakak Doakan Mama Boleh?” – Luluh Lihat Isteri Achey Pujuk Anak Menangis Bila Tahu Baby Tak Ada"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*