Akhlrnya. Ini Jawapan Pengarah Terkenal Symsul Yusof Bila Ada Berita Dia Dah Kahwin Dengan Ira Kazar

Kuala Lumpur – Terdahulu, Puteri Sarah berkongsi t.angkap layar mesej daripada pihak ketiga pengikutnya di Instagram yang mend.akwa Syamsul dan Ira sudah melangsungkan perkahwinan.

Puteri Sarah yang mengulang siar tangkap layar itu di Instastory turut memberitahu dia 50 peratus tidak mengetahui tentangnya manakala 50 peratus lagi tidak kisah dengan perkara tersebut.

Untuk rekod, Puteri Sarah nekad memfailkan satu t.indakan s.aman di M.ahkamah Sesyen Kuala Lumpur, berserta dua aduan di pejabat agama terhadap pelakon Ira Kazar atas d.akwaan menganggu kenteraman rumah tangganya dengan Syamsul.

Ini Jawapan Syamsul Yusof

Pengarah terkenal Syamsul Yusof memilih mengunci mulut berhubung khabar angin mengatakan dia sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ira Kazar.

Menerusi balasan mesej, Syamsul, 38, hanya memberi respons dengan menghantar emoji ketawa apabila diminta mengulas d.akwaan terbaharu tersebut.

Syamsul bagaimanapun tidak membalas mesej susulan berhubung jawapan ringkas yang dihantar sebelum itu.

Sementara itu, ibu Syamsul iaitu Datin Fatimah Ismail seakan-akan memberi bayangan tidak merestui jika anak lelakinya itu benar-benar bernikah dengan anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi.

Fatimah menerusi Instagram miliknya berkata, perkahwinan Syamsul dan isteri, Puteri Sarah Liyana mendapat restu daripadanya dan suami, Datuk Yusof Haslam memandangkan itu pilihan anaknya.

“Perkahwinan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana mendapat restu keluarga sepenuhnya. Syamsul sendiri memilih Puteri Sarah sebagai permaisuri hatinya. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata,” katanya.

Menerusi Instastory pula, Fatimah berkata, restu ibu bapa itu penting dalam setiap perhubungan.

“Restu ibu bapa itu penting untuk doa yang berterusan,” katanya sambil berkongsi gambar perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah.

Fatimah berkongsi kenyataan itu dipercayai susulan khabar angin mend.akwa Syamsul sudah berkahwin dengan Ira yang sedang h.angat diperkatakan.

Pasangan itu berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hiduo itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah kini berusia 3 tahun.

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : Mstar/IG/OM

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Akhlrnya. Ini Jawapan Pengarah Terkenal Symsul Yusof Bila Ada Berita Dia Dah Kahwin Dengan Ira Kazar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*