Gelagat anak kepada pasangan selebriti Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, Jebat Jayden sekali lagi mengvndang tawa warganet di TikTok, baru-baru ini.
Menerusi video yang tular di platform tersebut, Sharnaaz telah memberitahu Nabila bahawa anak mereka itu sedang makan keropok ketika pelakon itu membuat Live di Instagram.
Video:
@shrnzmn pandai jebat “ugut” mummy balik eh AHAHAH #sharnaazahmad #jebatjayden #noornabila #fyp #fypシ ♬ original sound – ^-^
“You ni dia makan keropok, nanti you marah eh. Satgi mommy tengok mommy marah pastu dia mesej,” katanya.
Dalam pada itu, Sharnaaz sempat berpesan kepada Jebat supaya menggosok giginya sebelum masuk tidur.
Namun, Jebat secara spontan mengugut Nabila supaya tidak memarahinya gara-gara ingin makan keropok.
“Okay, tapi mommy jangan marah. Tapi kalau mommy marah, baby buat muka yang tak baik,” kata Jebat.
Mendengar kenyataan itu dari anaknya, Sharnaaz kelihatan sangat terhibur namun sempat berpesan agar Jebat tetap menghorm4ti ibunya, Nabila.
“Suka-suka je nak buat muka tak baik kat mak hang, baby tak bau syurga nanti, bau kaki je. Syurga kan di bawah tapak kaki ibu,” katanya.
Hasil tinjauan di ruangan komen, perkongsian tersebut telah menerima pelbagai respons dari warganet yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat dua beranak itu.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : https://www.xtra.com.my/
Be the first to comment on "“Baby tak bau syurga nanti tau, Bau kaki jee” – Comelnya! Gelagat Jebat Jayden Ugvt Mommy Gara-Gara Nak Makan Keropok Buat Ramai Ketawa"