Ini Reaksi Pelakon Nad Zainal Bila Ada Netlzen Jumpa Kembar Beliau Buat Ramai Tak Tahu Yang Mana Satu

Kuala Lumpur – Kemunculan seorang gadis di media sosial menc.uri perhatian ramai apabila wajahnya dikatakan mirip pelakon Nad Zainal atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin.

Menurut gadis bernama Nurfazira Azhar Azaruddin itu, dia sudah biasa menerima komen sedemikian sejak di zaman sekolah lagi.

Cerita gadis berusia 28 tahun itu, teguran itu semakin kerap apabila dia meningkat dewasa.

“Masa belajar di universiti, kawan saya dekat sana pun mula perasan wajah sama macam Nad. Kawan-kawan sekarang pun ada juga yang cakap macam tu. Tapi apabila saya tengok balik muka sendiri tak sama pun,” ujarnya yang m.esra disapa Fazira.

Tambah Fazira yang menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Muamalat dari Universiti Malaya pada tahun 2020 itu, dia sama sekali tidak menyangka komen tentang wajahnya lebih kerap diterima menerusi TikTok.

Ujarnya yang menetap di Ipoh, Perak, dia sendiri terkejut apabila bukan sahaja rupa parasnya dikatakan sama dengan pelakon malah gaya pertuturan juga dikatakan saling tak t.umpah.

Selalu saya a.baikan saja apabila orang tegur cakap sama. Walaupun pernah juga dulu masa saya pergi McDonalds ada orang cakap sama macam Nad. Tapi waktu tu dah lama.

Sekarang ni lebih ramai tegur di TikTok mungkin selepas mereka tonton drama CinaB.uta lakonan Nad yang mengenakan tudung.

Nad Zainal

“Selain ditegur fasal kening, mulut, hidung, gigi cara bercakap pun mereka kata sama. Saya terkedu juga apabila mereka cakap betul-betul sama tu,” katanya lagi.

Kata Fazira sungguhpun sering dikatakan pe.rsis selebriti yang baharu saja pulih daripada m.asalah pend.arahan dalam paru-paru itu, dia sama sekali tidak mengambil kesempatan ini untuk meraih p.opulariti di media sosial.

Katanya, dia hanya menggunakan p.latform TikTok untuk mencari rezeki namun akui ia sedikit sebanyak membantu usahanya yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan di aplikasi tersebut.

“Dekat TikTok tu saya ada juga buat duit sampingan dengan jadi d.ropship. Memang semata-mata nak join programaf.filiate dan tak ada niat lain pun.

Sambutan agak baik. Alhamdulillah ada juga yang membeli, ujarnya lagi.

Reaksi Comel Dari Nad Zainal

Menurut Fazira lagi, dia juga menganggap komen-komen usikan yang mengaitkannya dengan pelakon itu sebagai satu jalan pembuka rezeki untuknya.

Mengenai Nad, Fazira mengakui bahawa dia meminati pelakon berkenaan yang disifatkan sangat berbakat.

Hampir 24 jam video mengenai wajahnya disamakan Nad Zainal dimuat naik, rakaman tersebut meraih hampir 900,000 jumlah to.ntonan di TikTok.

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : Mstar/IG/om

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ini Reaksi Pelakon Nad Zainal Bila Ada Netlzen Jumpa Kembar Beliau Buat Ramai Tak Tahu Yang Mana Satu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*