ALAT solek dengan wanita seperti rakan karib dan tidak dapat dipisahkan.
Salah satunya, sudah tentu gincu atau lipstick.
Sebagaimana yang ramai sedia maklum, terdapat pelbagai jenis lipstick di pasaran dan ia mempunyai warna, kandungan bahan, fungsi serta tekstur yang berbeza, bergantung kepada si pemakai.
Ada lipstick yang diperbuat daripada bahan kalis air atau ‘long lasting’ supaya si pemakainya tidak perlu memakai berulang kali setiap kali warnanya pudar terutama selepas makan.
Ia mungkin memudahkan si pemakai, tetapi sebenarnya dalam masa yang sama, ia menimbulkan masalah kepada pihak lain terutama jika warna lipstick melekat pada cawan dan sukar dibersihkan.
Meskipun disental beberapa kali, kesan lipstick tetap tidak hilang.
Masalah berkenaan dialami oleh seorang lelaki yang bertugas mencuci cawan dalam sebuah majlis perkahwinan.
Menerusi video berdurasi 31 saat yang dikongsikan di akaun TikTok @syakirinirfan, kelihatan lelaki berkenaan beberapa kali menyental cawan plastik yang terdapat kesan lipstik berwarna merah.
View this post on Instagram
Meskipun menggunakan span dan air sabun, kesan lipstick berkenaan masih tidak dapat dihilangkan.
“Aduh, kesianlah dekat abe (abang) cuci tu,” tulis pemilik akaun pada video tersebut.
Video tersebut mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati kepada lelaki yang mencuci cawan berkenaan.
Ini kalau 10 cawan macam tu, mahu dua tiga hari baru habis membasuh.
NETIZEN
Apa yang lucunya, ada di antara mereka tampil dengan cadangan untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
“Ini pakai Sunlight memang tak hilang bang. Kena pakai Micellar Water baru hilang.
“Lepas ni kena standby make-up remover dekat tepi, bang.
“Malam dah ni… dah hilang ke belum?
“Dia minum ke kemam cawan?
Antara komen lucu netizen.
“Ini kalau 10 cawan macam tu, mahu dua tiga hari baru habis membasuh,” demikian antara komen lucu netizen.
Sementara itu, ada juga netizen mengesyorkan agar pihak tuan rumah atau katering menyediakan penyedut minuman atau cawan pakai buang untuk mengelakkan situasi sedemikian.
Sehingga kini perkongsian video berkenaan meraih melebihi 370,000 jumlah tontonan di aplikasi TikTok.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : https://www.mstar.com.my/
Be the first to comment on "“Dia minum ke kemam?” – Geng ‘akak-akak’ melaram datang kenduri, tukang cuci ‘struggle’ tonyoh cawan"