Siapa tidak kenal dengan penyanyi nombor satu Malaysia ini? Dato’ Sri Siti Nurhaliza sememangnya seorang penghibur yang tersohor dalam industri hiburan tempatan dan antarabangsa.
Selain pernah menjayakan beberapa persembahan di negara jiran seperti Indonesia dan Singapura, beliau juga pernah mencatat sejarah apabila mengadakan konsert di Albert Hall, London.
Sebagai seorang selebriti, Tokti juga mempunyai akaun media sosial beliau sendiri untuk berkomunikasi dengan para peminat. Malahan Tokti sangat aktif di media sosial berkongsi segala aktiviti seni, perniagaan dan juga aktiviti seharian beliau bersama keluarga serta anak- anak. Sehingga kini Instagram peribadi beliau itu telahpun mencecah sebanyak 8.9 juta orang para pengikut.
Terbaru menerusi video di laman tikok yang dimuat naik oleh @sitizones.official memaparkan Tokti yang difahamkan berada di belakang pentas secara ‘humble’ menyantuni peminatnya dari Portugal.
Menerusi rakaman, Tokti dilihat cuba menyapa mereka dengan bahasa Portugis, sambil setia mendengar peminat cilik yang ditemani oleh kedua ibu bapanya itu mendendangkan lagu Nirmala.
“Sampai men4ngis haa diorang tengok Siti, tingginya nilai penghargaan Siti terhadap peminat sehingga peminat begitu sayangkan Siti,” tulis @sitizones.official menerusi video.
Video:
@sitizones.official #lagusitinurhaliza #fypシ #ctdk #sitinurhalizagallery #datositinurhaliza #sitizone #no1 #fyp #sitizoner #malaysia #foryoupage #sitinurhaliza #tokti #bakatsiti #muziumsiti #vokalsiti #world #top5 #portugal ♬ bunyi asal – SitiZone
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 651.8k tontonan, 71.6k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata memuji sikap ‘humble’ Tokti.
Komen netizen:
tiktok sitizones.official
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : https://www.keramatviral.com/
Be the first to comment on "“Tingginya nilai penghargaan…,” – [VIDEO] Tokti dipuji ‘humble’ l4yan peminat dari Portugal"