“Kalau Boleh Memang Tak Nak Percer4ian, Tapi Penghujungnya Sarah Tanggung… ”

Nekad untuk memfailkan percer4ian hari ini, pelakon Puteri Sarah berkata tiada kata-kata yang mampu melembutkan hatinya untuk menarik balik keputusan dibuatnya itu.

Memetik BH Online, dia sudah lama memikirkan perkara tersebut sekaligus membuatkan dirinya nekad. Ujarnya, sudah tentu dia tidak mahukan percer4ian namun akhirnya dia yang akan tanggung derita.

Ditanya adakah dia akan mempertimbangkan keputusan tersebut jika suaminya datang memujuk, Sarah persoal semula,”Ada ke Syamsul nak datang pujuk?” soalnya.

“Memang Sarah sudah nekad. Benda ini bukan berlaku minggu lepas, bulan lepas atau tahun lepas, tetapi sudah lama. Sarah pun sudah lama memikirkannya. Kalau boleh memanglah tak nak perceraian berlaku, tetapi, penghujungnya Sarah tanggung derita.

“Katalah kalau tak jadi cerai, apa yang berlaku kemudian, Sarah juga tanggung sendiri. Perbincangan dengan keluarga sudah dibuat dan kami sudah mempertimbangkan segala baik dan buruk. Apa yang penting, anak-anak dan hubungan Sarah dengan keluarga mentua baik,” katanya.

Menurut Puteri Sarah lagi, meskipun keluarganya tidak bersuara mengenai isu membabitkan dirinya namun mereka menyebelahi dirinya serta sentiasa memberikan sokongan.

“Keluarga Sarah termasuk ibu bapa dan adik-beradik menyokong. Cuma, kerjaya membuatkan mereka tidak dapat menyuarakan secara terbuka. Dan mereka memilih menyokong Sarah secara senyap kerana tidak mahu dikenali,” katanya.

Dalam pada itu, meskipun berdepan pengalaman memendam rasa selama empat tahun, namun ia menghakis kepercayaannya terhadap lelaki.

“Sarah bersikap ‘neutral’ sahaja dan tak boleh nak menghakimi semua lelaki dengan mengatakan mereka adalah sama. Ada lelaki baik, cuma yang baik itu belum jumpa lagi, insya-Allah,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : BH

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Kalau Boleh Memang Tak Nak Percer4ian, Tapi Penghujungnya Sarah Tanggung… ”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*