Sebelum Pergi Mahkhamah, Puteri Sarah Dedah Syamsul Ada Hantar Mesej. Ini Permintaan Dia

Pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, mengaku suami, Syamsul Yusof menghubungi dan mengajak berbincang mengenai tuntutan cerai, semalam.

Bagaimanapun, Puteri Sarah berkata, perbincangan belum dapat dilakukan berikutan masing-masing sibuk dengan jadual penggambaran.

“Syamsul ada hantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp untuk ajak berjumpa dan berbincang. Tetapi, saya tidak jawab.

“Tunggulah, mungkin (jawab) selepas ini. Sebelum ke sini (Mahkamah Syariah Kuala Lumpur), Syamsul beri kata-kata terakhir, tetapi saya tak boleh kongsi,” katanya sejurus menyudahkan prosiding memfailkan perceraian terhadap Syamsul di Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Puteri Sarah lega urusan tuntutan cerai di Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, pagi tadi, lancar.

Puteri Sarah hadir ditemani dua adiknya, Puteri Sofia Nadira dan Megat Imran Ikram serta peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader.

Khamis lalu, Syamsul dilaporkan sudah nyahsekat nombor telefon Puteri Sarah, baru-baru ini

Puteri Sarah dilaporkan berkata, nyahsekat itu dilakukan selepas suaminya memuat naik video dalam Instagram (IG) menjawab dakwaan bahawa panggilannya disekat pengarah kontroversi itu, sejak setahun lalu.

Ditanya apakah sudah bersedia berdepan proses panjang tuntutan cerai, Puteri Sarah enggan memikirkan perkara itu.

Sebaliknya, katanya, dia lega urusan tuntutan cerai lancar.

“Saya tidak kisah jika kes ini berlarutan. Namun, apa yang penting, saya lega kerana sudah memfailkan tuntutan perceraian.

“Apa yang penting, kita mulakan langkah pertama ini (memfailkan perceraian).

“Saya mahu mengerjakan Umrah pada 26 Januari ini, jadi saya tidak mahu ada masalah yang tidak selesai.

“Segala-galanya sudah terjawab. Saya mahu pulang dari Umrah dan memulakan kehidupan baharu bersama anak-anak,” ujar Puteri Sarah.

Pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin hadir ke mahkamah bagi memfailkan perceraian dengan suaminya, Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 16 JANUARI 2023.

Syamsul Yusof tak jawab panggilan dan mesej

Syamsul Yusof mengambil langkah berdiam diri dan gagal dihubungi bagi mendapatkan komennya berhubung tindakan isteri pertama, Puteri Sarah Liyana yang memfailkan perceraian, hari ini.

Cubaan Harian Metro menghubungi Syamsul yang kini sibuk menjalani penggambaran filem terbaru arahannya, The Original Gangster tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dan mesej WhatsApp.

Terdahulu, Puteri Sarah nekad mengambil jalan perpisahan untuk perhubungan mereka selepas sudah berfikir masak-masaknya dalam jangka masa lama sejak empat tahun lalu sehingga akhirnya menutup peluang kedua untuk Syamsul.

Apapun, keputusan untuk berpisah ini semestinya sudah diketahui Syamsul kerana ia terlebih dulu dimuat naik Puteri Sarah di Instagram minggu lalu sebelum memfailkannya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Terdahulu, Syamsul dalam temubual eksklusif bersama Harian Metro berkata, dia berusaha untuk memperbaiki hubungannya dengan Puteri Sarah dan keluarganya.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan Summayah, tiga tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : trendingsangat

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Sebelum Pergi Mahkhamah, Puteri Sarah Dedah Syamsul Ada Hantar Mesej. Ini Permintaan Dia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*