Waktu anak kecil ni la, macam-macam aktiviti perlu diajar kerana di usia mereka ini apa yang mereka belajar mudah untuk ‘diserap’. Jadi, bila besar nanti mereka praktikkan sahaja apa yang dipelajari tidak kira dalam akademi mahupun sukan.
Misalnya seperti berenang, ramai ibu bapa yang mendedahkan aktiviti air tersebut kepada anak-anak untuk belajar berenang dari kecil. Tidak ketinggalan, pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha turut mengajar anak mereka berdua berenang, malah sering berkongsi mengenai aktiviti yang dilakukan mereka bersama dengan anak-anak sehingga berjaya meraih perhatian ramai.
Baru-baru ini, Hairul berkongsi video yang memaparkan anak perempuannya, Alisa Aisyah sedang bermain kolam renang.
Menerusi hantaran tersebut, Hairul melepaskan Alisa ke dalam kolam renang dan membiarkannya berenang dengan sendiri.
Perkongsian tersebut juga turut dirakam oleh Hanis yang sedang melihat suami dan anaknya itu bermain kolam renang.
Namun apa yang mencvri perhatian ramai adalah keberanian Alisa yang pintar berenang itu walaupun baru berusia tiga tahun.
View this post on Instagram
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata memuji sikap Hairul dan Hanis yang mengajar anak-anak mereka melakukan aktiviti lasak sebegini di awal usia kanak-kanak.
Bukan itu sahaja, ada juga segelintir yang mengatakan bahawa pasangan suami isteri ini sudah mengajar anak-anak mereka berenang semenjak awal lagi dan oleh kerana itu, mereka berani melepaskan Alisa ke dalam kolam renang secara bersendirian.
Sekadar info, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 6 dan Alisa Aisyah, 3.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : keluarga.my
Be the first to comment on "“Gitu Je Dia Lempar” Hairul Azreen Lepaskan Anak Dalam Kolam, Keberanian Alisa Aisyah Raih Pujian!"