Teman Lelaki Lawat Keluarga, RupaRupanya Pelakon Anju Cucu Kerabat Diraja Buat Ramai Tak Sangka

Kuala Lumpur – Bau nasi minyak Zarina Anjoulie semakin dekat apabila pelakon itu berkongsi m.omen sedang memilih cincin perkahwinan bersama bakal suami, Datuk Seri Khazrul Elzey.

Lebih manis apabila detik melaksanakan persiapan untuk melangkah ke gerbang perkahwinan turut disertai bapanya.

Difahamkan majlis meri.sik akan diadakan dalam tempoh terdekat, manakala pernikahan Zarina dan Khazrul pula pada Mac depan.

Rupa-Rupanya Cucu Kerabat Diraja

Baru-baru ini, pelakon sensasi Zarina Anjoulie dilihat membawa kekasih Datuk Sri Khazrul Elzey datang melawat keluarga sebelah bapanya.

Yang menarik perhatian, rupa-rupanya Zarina atau lebih mesra disapa Anju merupakan cucu kepada kerabat diraja negeri Kelantan iaitu YM Tengku Datuk Farida Ibni Sultan Ibrahim.

“Keluarga sebelah bapa Anju. Terima kasih Daddy Fahizul bawa saya bertemu nenda Anju, Y.M Tunku Datuk Farida Ibni Sultan Ibrahim,” katanya.

Nenda kepada Anju turut memberi nasihat untuk banyak bersabar kepada Elzey apabila sudah berumah t.angga dengan cucunya, kelak.

“Terima kasih Mak Engku nasihat Mak Engku kepada anakanda kalau Anju m.arah anakanda keluar sekejap rumah jangan lawan jangan g.aduh kena bersabar. InsyaAllah Nenda, anakanda akan menjaga Anju cucu nenda dengan baik,” ujarnya terima nasihat yang diberikan.

Dalam pada itu, dia juga berterima kasih diterima baik oleh keluarga Anju.

“Terima kasih kepada Tengku Cik, Nik Fazirudean dan Nik Faris. Thank you very much to wish me welcome in your familys. I love you all till Jannah,” katanya lagi.

Perkongsian tersebut dibuat menerusi TikTok milik Elzey dan bahagian komen telah ditutup olehnya.

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : TV3/IG/on9m

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Teman Lelaki Lawat Keluarga, RupaRupanya Pelakon Anju Cucu Kerabat Diraja Buat Ramai Tak Sangka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*