Pelakon lelaki popular didakwa di mahkamah hari ini. Rupanya ini kes yang dia terlibat

Kuala Lumpur: Pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, esok.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, lelaki berusia 38 tahun itu akan berdepan pertuduhan mencederakan orang mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Sharnaaz akan dituduh di mahkamah pada jam 9 pagi,” katanya kepada pemberita.

Pada 16 Jun tahun lalu, Sharnaaz ditahan selepas didakwa menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Segambut, di sini.

Eng Lain dilaporkan berkata. suspek ditahan selepas mangsa yang juga penghuni kondominium tampil membuat laporan polis mendakwa dipukul suspek dan lebam di mukanya.

Beliau dipetik berkata, kejadian bermula apabila mangsa yang juga bekerja sebagai pengawal keselamatan di tempat lain meminta rakannya membeli minyak masak.

Bagaimanapun rakannya itu tidak dibenarkan masuk oleh pengawal keselamatan di kondominium terbabit menyebabkan berlaku pertengkaran antara mangsa dengan pengawal keselamatan itu.

Kebetulan ketika kejadian itu, pelakon terbabit yang melihat insiden datang menegur mereka sebelum bertukar sebaliknya apabila dia didakwa bertindak menumbuk mangsa.

Berikutan kejadian, pelakon itu direman tiga hari dan dibebaskan sementara kertas siasatan lengkap untuk pertuduhan.

kredit:hmetro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : trendingsangat

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Pelakon lelaki popular didakwa di mahkamah hari ini. Rupanya ini kes yang dia terlibat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*