Personaliti televisyen, Nazrudin Rahman tampil memberi pendapat berhubung isu ‘alpha male’ atau lelaki sejati yang menjadi perbualan hangat dalam kalangan warganet sejak beberapa hari ini.
Menerusi satu ciapan di laman Twitter, pengacara berusia 44 tahun itu berkata, individu yang memiliki personaliti seperti itu tidak ‘membanggakan’ diri berkongsi tentang tahap alpha mereka di media sosial.
Kepada ‘acah-acah’ alphas!
Kepada wannabe alphas,
Real alphas, don’t rant on tiktok about their alpha-ness.
Real men understand fear, not run away or ignore it. Real men have control, yet are able to admit insecurities.
Do not confuse being alpha with kurang ajar.
— Nazrudin Rahman (@NazrudinRahman) January 17, 2023
“Kepada wannabe alphas, Real alphas, don’t rant on tiktok about their alpha-ness,” tulisnya petang semalam.
Malah, bekas pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan itu berkata, lelaki sejati memahami dan mengetahui cara bagi mengawal sesuatu perkara selain meminta orang ramai dapat membezakan antara alpha dan kurang ajar.
“Real men understand fear, not run away or ignore it. Real men have control, yet are able to admit insecurities. Do not confuse being alpha with kurang ajar,” katanya.
Terdahulu, suami kepada Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang mendedahkan dia tidak meletakkan kesungguhan bagi mengurat aktres berkenaan.
“Kalau korang jadi lelaki yang dominan, ‘alpha male’ atau lelaki yang tahu apa dia nak dalam kehidupan dan tidak menggunakan emosi dalam membuat keputusan, perempuan akan tertarik.
“Kalau anda di luar sana menjadi lelaki sejati, nak mengurat perempuan mudah sebenarnya,” katanya yang popular dipanggil Opai menerusi satu video tular di aplikasi TikTok.
Pengakuan tersebut membuatkan segelintir golongan wanita berasa kurang senang dengan menganggap kata-kata Aliff itu agak menjengkelkan.
Mengaku Kononya Lelaki Paling ‘Alpha’, Suami Baru Fatin Afeefa Dikec4m Netizen
Sejak mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu, pelakon Fatin Afeefa dan suami, Aliff Awang sering berkongsi rutin harian mereka kepada peminat menerusi sesi siaran langsung (live) di TikTok.
Terbaharu, menerusi satu sesi live yang diadakan baru-baru ini, ada netizen yang bertanya bagaimana cara Aliff memikat Fatin.
Jawab Alif dia tidak meletakkan kesungguhan untuk mengorat isterinya. Sebaliknya, aktres berusia 29 tahun sendiri yang memulakan langkah untuk memikat dirinya.
“Saya jawab jujur, Fatin lagi susah nak dapatkan perhatian yang sepenuhnya daripada saya. Itu yang agak sukar sebenarnya.
“Jadi, masa saya nak mengorat Fatin, tak banyak usaha sangat pun. Yang banyak usaha, Fatin sebenarnya,” kata Aliff.
Dalam masa sama, Aliff turut menjelaskan mengenai perihal dominan, tegas dan alpha yang perlu ada pada seseorang lelaki untuk memikat perempuan.
“Kalau korang jadi lelaki yang dominan, alpha male atau jadi lelaki yang tahu apa dia nak dalam kehidupan dan tidak menggunakan emosi dalam membuat keputusan, perempuan akan tertarik.
“Jadi masa saya ngorat Fatin, saya tak ambil banyak effort, tapi dia yang lagi banyak effort daripada saya.
“So kalau korang jadi lelaki sejati, nak ngorat perempuan sangat senang,” katanya.
Bagaimanapun, jawapan yang diberikan oleh Aliff telah mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan wargamaya terutama kaum wanita.
Malah, ada segelintir wargamaya yang menganggap kata-kata yang diberikannya itu agak keterlaluan.
Gelinya!
gelinya husband fatin afeefa terpaling alpha ew 🤮 f off really hahaha
— – (@tengkunurlissa) January 16, 2023
Nama pun Opai, dah ‘turn off’
fatin ni kenapa ek. biar je laki dia pijak2 maruah dia. alpha male alpha male. nama dah la opai. tu je dah turn off.
— agusthv (@notzuzupls) January 16, 2023
Terpaling alpha? Orang kenal pun sebab dia suami Fatin
Terpaling alpha male padahal orang kenal pun as suami fatin afeefa HAHAHA EIUWW
— 𝓑𝓸𝓸 (@ainsymm) January 18, 2023
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : trendingsangat
Be the first to comment on "Suami Fatin Mengaku Kononya Lelaki Paling ‘Alpha’, Sekali Kena Sound Dgn Nazrudin Rahman"