Pelakon, Fasha Sandha bersama suaminya, Aidil Aziz selamat tiba di Tanah Suci untuk menunaikan umrah.
Bagaimanapun sebelum berangkat, Fasha sempat memuai naik foto dan juga video ketika berada di lapangan terbang.
View this post on Instagram
Apa yang menjadi perhatian netizen adalah penampilan Fasha yang mengenakan abaya berwarna putih dan memakai hijab dipuji kelihatan cantik.
Malah rata-rata yang meninggalkan komen juga menyatakan wajah Fasha kelihatan lebih berseri sewaktu memakai hijab dan berada di samping suami tercinta.
View this post on Instagram
Tidak hanya penampilan, netizen juga turut mendoakan agar urusan ibadah pasangan ini dipermudahkan.
Antaranya:
“Semoga Allah permudahkan urusan kalian berdua di sana, ya. Alhamdulillah… Cantik dan ayunya Fasha dengan berpakaian menutup aurat.
Semoga istiqomah hendaknya. Aamiin…,”
“Segaknya Fasha pakai tudung, semoga terus pakai tudung bila balik dari tanah suci. Aminnnn,”
“Wei lawanya dia, semoga istiqomah dan semoga dipermudahkan semuanya,”
“Cantiknya Fasha, berseri-seri tengok muka Fasha pakai tudung, semoga istiqomah. Insya-Allah,”
Terdahulu, difahamkan Aidil sudah lama menyimpan hasrat untuk membawa Fasha menunaikan umrah namun niat tersebut terhalang disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa fasa pandemik beberapa tahun lalu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : https://gempak.com/
Be the first to comment on "“Cantiknya, Berseri Muka Suka Tengok” – Fasha Sandha Tunai Umrah, Manis Bertudung Ramai Doakan Semoga Istiqomah"