Asylk Dikecam Netizen Sebab Komen Masa Jadi Juri, Mas Idayu Tampil Balas Dan Ini Kata Kata Padu Beliau

Kuala Lumpur – Penyanyi Mas Idayu meny.elar ti.ndakan segelintir selebriti tempatan mengk.ritik cara penjuriannya menerusi program realiti Famili Duo yang dikatakan kasar agar berhenti daripada terus berkokok.

Mas atau Mas Idayu Mesnun, 51, turut mempersoalkan mengapa selepas 16 tahun dia bergelar juri profesional baru ada di antara mereka meny.alak caranya memberikan komen tegas terhadap peserta.

Jawapan Balas Mas Idayu

Siapa yang berkokok tu? Mereka memang tak kenal Mummy ke selama 38 tahun dalam industri dan 16 tahun kerja sebagai juri? kenapa baru sekarang mereka nak berkokok?.

Saya tak ped.uli dengan kata-kata mereka kerana saya hanya melakukan kerja saya. Saya mohon, jangan masuk campur urusan kerja penjurian saya.

Kalau ada yang kata saya menjatuhkan m.aruah peserta, terserah mereka. Itu mungkin tanggapan mereka sahaja kerana saya tahu cara saya menegur adalah kerana sayang dan bukan bersifat peribadi, katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Mas menjelaskan dia hanya menjalankan tugas dengan memberikan komen ikhlas terhadap persembahan Sissy Imann dan Naim Daniel yang menjadi perd.ebatan ramai sejak beberapa hari ini.

Tambah penyanyi lagu Cintaku 100 peratus itu, sebelum menandatangani kontrak program berkenaan, dia tidak diberi sebarang am.aran oleh pihak produksi untuk tidak memberikan komen pedas kepada peserta.

Jelasnya, ini bermakna pihak TV3 sendiri suka dengan karakternya dan tidak pernah mel.arang dia bersikap tegas ketika memberi penjurian.

Saya hanya menjadi diri sendiri dan sebelum menandatangani kontrak pun, pihak produksi tidak memberi sebarang syarat cakap jangan terlalu marah, jangan terlalu k.asar.

Dalam mana-mana program stesen TV pun saya tidak pernah diberi a.maran. Ini bermakna mereka suka dengan karakter saya. Betul tak? Bila kita tidak ditegur maksudnya karakter itu memang diperlukan, ujarnya.

Sementara itu, Mas berharap agar Sissy dan Naim mengambil positif dengan k.ritikan yang diberikan kerana niatnya hanya untuk menjadikan mereka lebih baik.

Kepada Sissy dan Iman, awak kenal Mummy, kan? Saya marah sebab saya sayang. Saya tahu mereka berdua memang berbakat besar.

Cuma silapnya pada minggu tersebut mereka membuat persembahan di luar kemampuan mereka. Peserta lain patut c.emburu kerana saya marah Sissy dan Naim bermakna saya peduli tentang mereka, jelasnya.

Terdahulu, Mas memberi kr.itikan hebat kepada persembahan Sissy dan Naim menerusi lagu Jampi nyanyian Hael Hussaini kerana menganggap nyanyian mereka sangat k.asar dan tidak sedap.

Susulan daripada itu, beberapa selebriti tampil membuat kenyataan memberi pendapat bahawa sebagai juri, Mas tidak sepatutnya bertindak sedemikian kerana boleh menjatuhkan m.aruah orang lain di televisyen.

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : Mstar/IG/om

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Asylk Dikecam Netizen Sebab Komen Masa Jadi Juri, Mas Idayu Tampil Balas Dan Ini Kata Kata Padu Beliau"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*