Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan dia terpaksa membatalkan hasratnya untuk memiliki 10 orang anak kerana tidak mahu melihat isterinya, Datin Seri Nur Shahida menanggung sak1t sepanjang kehamilan.
Menurut laporan mStar, dia berkemungkinan anak keenam yang bakal dilahirkan ini merupakan zuriat yang terakhir sekaligus tidak dapat merealisasikan impinannya selama ini.
“Saya tak sanggup lihat isteri saya sak1t… rancang nak ada 10 orang anak tapi mungkin ini adalah anak terakhir. Sebab kalau dia mengalami masalah uri ke bawah… nak berjalan 10 langkah pun tak boleh.
“Jadi isteri saya dalam keadaan lemah dah nak dekat dua bulan kat mana-mana kena pakai kerusi roda,” katanya.
Bukan itu sahaja, usahawan yang berusia 35 tahun itu turut mendedahkan dia mengalami trauma dan tidak akan mengambil anak angkat selepas menghadapi beberapa masalah.
Susulan itu, bagi menggelakkan sebarang masalah berlaku, dia telah membuat keputusan meminta isterinya melahirkan zuriatnya sendiri bagi memeriahkan kehidupan keluarganya.
“Saya dah fobia ambil anak angkat sebab kebanyakkan bila anak angkat dah popular keluarga mereka nak ambil balik. Selepas itu ada yang ugut-ugut nak duitlah jadi saya fikir lebih baik saya suruh isteri saya sahaja yang beranak,” jelasnya lagi.
Sekadar info, Aliff telah mendirikn rumah tangga bersama Shahida pada Ogos 2007 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah selain menjaga seorang anak angkat.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : omm
Be the first to comment on "Tak Sanggup Lihat Isteri Tanggung Sakit, Aliff Syukri Batal Niat Miliki 10 Orang Anak"