Diam-diam Emma Maembong Buat Umrah Dengan Suami & Anak, Tarik Perhatian Netizen!

Sejak akhir-akhir ini kita lihat ramai rakan artis berkunjung ke tanah suci untuk menunaikan umrah.

Umumnya sebelum berangkat dikongsikan kepada peminat dan warganet akan keberadaan mereka untuk ke kota Mekah dan Madinah.

Pun begitu, dalam diam seorang lagi artis kesayangan ramai kini berada di sana. Meskipun tidak diwar-warkan di media sosial namun dapat di’hidu’ wargamaya dan sekali gus mencuri tumpuan.

Pelakon tersebut adalah Emma Maembong. Diam-diam buat umrah dan kini sudah berada di Tanah Suci bersama suami dan anaknya.

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun zairachematt, dipaparkan pelakon tersebut yang sedang mendvkung anaknya di Madinah.

@zairachematt umrah 2023🌹🌹🌹 #emmamaembong #terjumpasecaraxsengaja #insafftravelumrah ♬ Ya Allaho Ya Rahman – Muhammad Qari Ejaz Ul Haq

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet berasa senang hati dengan sikap rendah diri Emma yang tidak menghebohkan kepada orang ramai bahawa dirinya akan menunaikan ibadah umrah.

Pun begitu, tidak kurang juga ada segelintir wargenet yang menyatakan rindu untuk melihat Emma mengenakan hijab semula selepas melihat video tersebut dan memujinya cantik mengenakan jubah dan bertudung.

Komen netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : keluarga.my

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Diam-diam Emma Maembong Buat Umrah Dengan Suami & Anak, Tarik Perhatian Netizen!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*