Pelawak Mamat Sepah akhirnya sah bergelar suami kepada Diana Ibrahim pada Ahad malam, 1 Mac 2020 setelah menangguhkan perkahwinan beberapa kali.
Pernikahan yang berlangsung di kediaman pengantin lelaki di Kulai, Johor berlangsung kira-kira pukul 8:00 malam.
Beberapa teman rapat turut berkongsi ucapan tahniah di Instagram masing-masing. Antaranya adalah Sharifah Shahora dan Shuib Sepahtu.
“Selamat pengantin Baru Mamat Sepah. Sejak kawin ni malu nak tunjuk muka yg berseri tu ek. Dah kawin ni jangan buat hal, hari hari tengok muka isteri, jangan tengok isteri orang pulak.
“Semoga perkahwinan ini akan kekal bahagia dan dikurniakan anak yang comel-comel. Moga Allah akan mencurahkan rezeki yang luas pada Mamat & Isteri,” tulis Sharifah Shahora di Instagram miliknya.
Shuib Sepahtu yang tidak dapat hadir pada majlis bersejarah itu kerana mempunyai rakaman Sepahtu Reunion untuk Ramadan turut mendoakan kebahagiaan temannya itu.
“Semoga dipermudahkan urusan, aman rumah tangga, bahagia dua akhirat dan menjadi ketua keluarga yang baik, Insya-Allah.
“Tahniah Mat! Complete dah! Semua dah kahwin Mat!” ucap Shuib di Instagram miliknya.
Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad mengahwini Diana Ibrahim yang berasal dari Sabah selepas tiga kali menangguhkan perkahwinan mereka.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: GEMPAK
Be the first to comment on "“Dah Kahwin Ni Hari-Hari Tengok Muka Isteri, Jangan Tengok Isteri Orang Pulak” – Comel Je Ucapan Sharifah Shahora Untuk Mamat"