Syed Saddiq jawab isu wang ratusan ribu ringgit dalam peti besi – “Tiada apa-apa untuk disembunyikan”

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, tiada apa yang perlu disembunyikan berhubung sejumlah besar wang yang disimpan di dalam peti besi di kediamannya.

Malahan, beliau yang juga bekas menteri belia dan sukan itu menjelaskan bahawa wang tersebut adalah milik bersama antara dirinya serta kedua ibu bapanya.

“Wang tersebut merupakan wang peribadi milik saya serta ibu bapa. 

“Saya dan keluarga tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan. Malahan kami sendiri yang membuat laporan polis berkenaan kehilangan wang.

“Sekiranya benar duit itu duit har4m, kenapa kami perlu laporkannya?” kata Syed Saddiq dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai Suruhanjaya Pencegahan Rasvah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan berhubung aduan sejumlah besar wang dimiliki Syed Saddiq yang dipercayai hilang dari kediamannya pada Sabtu lalu.

Syed Saddiq berkata, ibu bapa juga telah membuat laporan polis berhubung kehilangan wang tersebut.

“Sebanyak RM90,00 milik saya, RM50,000 milik ibu saya dan RM70,000 milik ayah saya.

“Majoriti wang itu dikeluarkan bagi tujuan renovasi rumah yang kami miliki bersama. Selainnya adalah untuk tujuan peribadi.

“Sampai sekarang saya tidak memiliki sebuah rumah. Dengan itu saya, Abuyah dan mama mengambil ketetapan untuk membeli rumah bersama,” tambahnya.

Menurut Syed Saddiq, beliau maklum mengenai laporan SPRM dan memahami tugas suruhanjaya itu dalam dalam menyiasat segala tuduhan dan laporan. 

Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata, beliau telah mengarahkan pegawainya untuk membuat laporan polis dan mengambil tindakan kepada pihak yang memfitn4hnya dan keluarganya dengan cubaan untuk mengaitkan kes tersebut dengan wang har4m atau wanita yang dikatakan bersamanya.

“Ini adalah fitn4h untuk menjatuhkan reputasi saya dan keluarga. Saya juga tidak akan berkompromi bab integriti dan akan memastikan diri dan keluarga saya memberi kerjasama penuh dalam membantu pihak polis dan SPRM.

“Saya harap semua pihak berhenti bersp3kulasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa membuat siasatan,” katanya.

Syed Saddiq telah membuat laporan polis berhubung kehilangan wang ratusan ribu ringgit di kediamannya dekat Petaling Jaya, Selangor pada Ahad.

Terdahulu, menerusi laporan polis yang dibuat di Balai Polis Sungei Way itu, Syed Saddiq menganggarkan wang tunai berjumlah RM250,000 hilang dalam peti besi yang disimpan di kediamannya pada Sabtu.

Syed Saddiq berkata, beliau menyedari wang tersebut hilang daripada peti besi di kediamannya pada kira-kira pukul 7 malam.

Menurut laporan polis itu juga, Syed Saddiq memaklumkan bahawa peti besi miliknya telah ditetapkan kod rahsia dan hanya individu tertentu yang tahu di mana beliau menyimpannya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Saya dan keluarga tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan. Malahan kami sendiri yang membuat laporan polis berkenaan kehilangan wang. Sekiranya benar duit itu duit haram, why should we report it? Saya ambil maklum akan laporan SPRM yang dibuat dan faham akan tugas SPRM dalam menyiasat segala tuduhan dan laporan. Saya akan berikan kerjasama penuh dalam membantu siasatan SPRM. Wang tersebut merupakan wang peribadi milik saya serta ibu bapa. Mereka juga telah membuat laporan polis berkenaan kehilangan wang tersebut. ~RM90 ribu milik saya, ~RM50 ribu milik ibu saya dan ~RM70 ribu milik ayah saya. Majoriti wang itu dikeluarkan bagi tujuan renovasi rumah yang kami miliki bersama. Selainnya adalah untuk tujuan peribadi. Sampai sekarang saya tidak memiliki sebuah rumah. Dengan itu saya, Abuyah & mama mengambil ketetapan untuk membeli rumah bersama. Dan saya berhasrat ingin pindah ke rumah tersebut selepas siap renovasi. Rumah belum siap renovasi, peralatan elektronik & perabot semua belum dibeli lagi. Saya sudah mengarahkan pegawai saya untuk membuat laporan Polis dan mengambil tindakan kepada mereka yang memfitnah saya dan keluaga dengan cubaan untuk mengaitkan kes ini dengan Duit Haram atau wanita yang dikatakan bersama saya. Ini adalah fitnah untuk menjatuhkan reputasi saya dan keluarga. Saya juga tidak akan berkompromi bab integriti dan akan memastikan diri dan keluarga saya memberi kerjasama penuh dalam membantu pihak polis dan SPRM. Saya harap semua pihak berhenti berspekulasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa membuat siasatan.

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on

“Tiada sebarang kesan umpil dan keadaan rumah serta bilik adalah kemas,” katanya sambil menambah bahawa kali terakhir beliau membuka peti besi tersebut pada 13 atau 14 Mac lalu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MSTAR

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Syed Saddiq jawab isu wang ratusan ribu ringgit dalam peti besi – “Tiada apa-apa untuk disembunyikan”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*