Cleopatra Kecewa Vivy Yusof Nak Sam4n Peniaga Kecil… “Sikap Kebudak-Budakan Bnuh Reputasi Kamu”

Usahawan sensasi Cleopatra mengakui kecewa dengan sikap Vivy Yusof yang bertindak hendak menyam4n seorang peniaga kecil atas dakw4an memfitn4hnya.

Kata Cleopatra, tindakan kebudak-budakan itu telah menghapuskan rasa hormatnya terhadap pengasas jenama popular dUCk itu.

“Vivy, saya menghormati kamu sebelum ini tetapi tidak lagi selepas membaca kisah ini.

“Sepanjang kehidupan saya, saya dan dua anak kecil saya banyak kali difitn4h dan diser4ng dari pelbagai sudut.

“Kalau saya buka satu kes sam4n pun saya dah boleh dapat berjuta-juta ringgit. Tapi ada tak saya hantar surat peguam?

“Anda hanya fikirkan reputasi anda saja, macam mana pula dengan gadis ini yang bersusah-payah mencari duit untuk hidup?” tulisnya di Twitter.

Tambah Cleopatra lagi, Vivy sepatutnya menyokong sesama usahawan wanita untuk lebih berjaya berbanding menjatuhkan sesama sendiri.

“Wanita sepatutnya menyokong satu sama lain, bukan menjatuhkan sesama sendiri.

“Disebabkan gadis seperti dialah, anda boleh berjaya seperti sekarang.

“Tindakan kebudak-budakan sebegini akan menjatuhkan reputasi anda ada masa akan datang.

“Jadi, saya cadangkan situasi terbaik untuk menyaman apabila anda terpaksa menjual semula salah satu beg Chanel anda,” tambahnya.

Cleopatra tampil mengulas perkara tersebut selepas diminta oleh pengikutnya untuk memberikan pandangan terhadap nasib seorang peniaga kecil yang dianiaya.

Baru-baru ini gadis yang dikenali sebagai Syaza itu tampil mendedahkan Vivy telah mencuri paten dari sampul raya yang dijualnya untuk dijadikan corak tudung usahawan tersebut.

Bagaimanapun, pendedahannya itu memakan diri apabila mendapat surat saman fitn4h dari peguam Vivy.

Ekoran itu ramai yang meminta agar Cleopatra membantu Syaza untuk berdepan situasi melibatkan undang-undang dan hak cipta.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Cleopatra Kecewa Vivy Yusof Nak Sam4n Peniaga Kecil… “Sikap Kebudak-Budakan Bnuh Reputasi Kamu”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*