Siapa Arwh Ustaz Ismail Kamus, Latar Belakang Beliau Yang Ramai Tidak Tahu, Pernah Menuntut Sehingga Ke Sini

KUALA LUMPUR: Pendakwah tanah air dan pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Datuk Ismail Kamus menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.30 tengah malam di kediaman beliau di Ampang.

Berita pemergi1an tokoh ternama tanah air itu dikongsi oleh Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia menerusi laman Facebook rasmi kira-kira 10 minit lalu.

“Tokoh pendakwah tanah air dan Pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Tuan Guru Dato’ Ismail Kamus telah kembali ke rahmatullah Jam 12.30 pagi, 8 Mei 2020 di kediaman beliau di Ampang.

“Semoga Allah SWT menempatkan beliau ditempat yang mulia di sisi Allah SWT ta’ala,” kata pusat perubatan berkenaan dalam Facebook.

Allahy4rham yang berusia 72 tahun sebelum ini dira4wat di Unit Rawatan Rapi (ICV), Hospital Kuala Lumpur akibat ser4ngan jantvng dan str0k ringan, serta jangk1itan kum4n di p4ru-p4ru.

Menurut Exco Penerangan Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia, Abdul Hadi Jusoh, veteran Pas itu dimasukkan ke wad sejak 26 April disebabkan keadaaan kesihatan yang agak lem4h.

Allahyarham merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Sementara itu, laman Facebook Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia dibanjiri ucapan takziah daripada orang ramai yang berkongsi rasa sed1ih dengan pemergi1an Allahyarham.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut berkongi rasa sedih dengan pemergian Allahyarham Ismail.

Di akaun Twitternya, Azmin mendoakan agar Allahyrham  dikurniakan husnul khatimah dan diberikan ganjaran syurga Allah SWT. Al-Fatihah.

Yang Berhormat Dato Haji Ismail bin haji Kamus dilahirkan pada 2 Disember 1948 di kampung Batang Rening , Ulu Selangor, Malaysia. Pendidikan Pendidikan awal secara resmi Yang Mulia Dato bermula di Sekolah Arab Batang Kali dan berlangsung selama 6 tahun sebelum ke Ma’ahad Hisyamuddin, Kelang dimana beliau berguru dengan seorang ulama tersohor, Asy-Syeikh Mahmood al-Arif al-Bukhori.

Beliau melanjutkan pelajaraan ke Kolej Islam Kelang dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan mendapat ijazah Sarjana Muda Syariah dengan kepujian pada tahun 1976. Yang Mulia Dato juga pernah menuntut di Beaver College Pennsylvenia, Amerika Syarikat sekarang dikenali sebagai Arcadia University. (Wikipedia)

Yang Mulia Dato pernah menjadi guru, Pegawai Penyelidik, Pegawai dakwah selain bertugas selama 15 tahun di pelbagai jabatan seperti di Jabatan Agama Islam wilayah Persekutuan (JAWI), INTAN dan Pusat Islam. Jawatan akhir beliau ialah sebagai Pakar Rujuk di Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) Pusat Islam sebelum bersara secara pilihan.

Beliau juga pernah menjadi ADUN Gombak Setia apabila memenangi dalam Pilihan Raya di kawasan tersebut pada tahun 1999. Kini beliau merupakan seorang Perunding Motivasi dan pendakwah bebas dengan memberi ceramah agama di seluruh dunia seperti Brunei Darussalam, Indonesia, Thailand, Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada, negara-negara Timur Tengah dan lain-lain. Selain itu beliau juga menjadi pengasas dan penasihat Persatuan Perubatan Islam Darussalam.

Beliau juga sungguh aktif dan banyak menghasilkan buku-buku keagamaan dan perub4tan.

Sumber Awani/assalambs.blogspot.com

By RJ

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: HMT

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Siapa Arwh Ustaz Ismail Kamus, Latar Belakang Beliau Yang Ramai Tidak Tahu, Pernah Menuntut Sehingga Ke Sini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*