Hari-hari terakhir di asrama, ramai sebak lihat pelajar lelaki menangis dalam selimut hijau… apa sebenarnya berlaku? – “Mereka tak rasa sangat sebab belajar online je”

RAMAI pelajar pastinya tidak sabar untuk menghabiskan pengajian dan melangkah ke alam pekerjaan.

Namun, ada juga yang seolah-olah berat hati untuk berpisah dengan rakan-rakan dan gusar untuk berhadapan realiti sebenar kehidupan.

Terbaharu, tul4r di aplikasi TikTok rakaman memaparkan seorang pelajar lelaki sedang menangis di dalam selimut berwarna hijau.

Dirakam di sebuah asrama, dia meluahkan rasa sayu kerana perlu berpisah dengan rakan-rakannya setelah tamatnya semester terakhir.

Bercakap kepada mStar, Raja Muhd Fahmi Raja Kamaruddin, 22, mengakui dia merupakan individu dalam video tul4r yang meraih lebih setengah juta tontonan itu.

“Sayalah pelakon dalam video itu. Ia sebenarnya video throwback masa saja bergelar pelajar. Video tu dirakam pada tahun 2017.

Dedah Fahmi, tang1san dalam video itu adalah lakonan semata-mata.

“Ia hanya lakonan yang saya hasilkan bersama dua lagi rakan. Memang video ni dalam simpanan, jadi saya kongsikan di TikTok.

“Pada waktu itu, kami sedang menjalani hari-hari terakhir di asrama, dah nak habis belajar. Ramai yang mesej sedih-sedih dalam group WhatsApp, jadi kami terus buat video tu,” ujarnya.

Mesra disapa Fahmi, dia yang kini berkhidmat di sebuah hotel di ibu negara mengakui cukup terkesan tatkala menonton semula rakaman tersebut.

 

Kita sekarang dah zaman teknologi. Jauh pun boleh video call. Jangan putuskan silaturrahim dengan kawan.

FAHMI

Ujarnya, ia bagaikan mengimbas segala memori zaman belajar di sebuah kolej di Puchong, Selangor khususnya bersama dua sahabat baik iaitu Ahmad Khairudin Zubairi dan Ashmil Alif Sulaiman.

“Kami bertiga suka buat video. Jadi adalah simpanan untuk tengok bila dah habis belajar. Teringat masak sama-sama.

“Bukan saya je, mereka berdua pun terkejut bila video kami dapat views tinggi dalam masa singkat. Rasa gembira sebab mesej kita sampai dan diterima netizen.

“Tapi student sekarang yang baru nak habis belajar, mereka tak rasa sangat sebab belajar online je,” ujarnya lagi.

Fahmi (kiri) bersama dua sahabatnya iaitu Ashmil (tengah) dan Khairudin (kanan) yang terlibat dalam penghasilan video tular itu tiga tahun lalu.

Tambah Fahmi, dia menasihati pelajar agar tidak memutuskan hubungan dengan rakan-rakan selepas tamatnya pengajian.

“Nasihat saya, kita sekarang dah zaman teknologi. Jauh pun boleh video call. Jangan putuskan silaturrahim dengan kawan.

“Macam kami bertiga pun, kami berjumpa kalau berkelapangan. Tapi sekarang agak jarang sebab masing-masing sibuk,” katanya.

Imbas Fahmi, dia juga graduan bidang Pengurusan Perhotelan dan Hospitaliti itu aktif sebagai pengacara majlis selain turut menyertai pertandingan debat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Hari-hari terakhir di asrama, ramai sebak lihat pelajar lelaki menangis dalam selimut hijau… apa sebenarnya berlaku? – “Mereka tak rasa sangat sebab belajar online je”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*