Majlis Aqiqah anak Lisa dan Yusry terima pujian ramai. Siap agihkan nasi arab untuk golongan ini.

Aktres jelita Datin Lisa Surihani dan suami Datuk Yusry telah menganjurkan majlis aqiqah buat anak ketiganya, Yunos Laith pada Isnin. Menerusi laman sosial Instagram, Lisa berkongsi sebuah video pembungkusan makanan upacara aqiqah tersebut yang dilakukan secara sederhana untuk tatapan umum.

Apa yang menarik perhatian wargamaya, majlis dilakukan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dimana penyembel1h4n dua ekor kambing serta semua makanan diagihkan dan dihantar pada golongan asnaf dan keluarga terdekat.

“Terima kasih @kedaikopikl tolong permudahkan untuk kami laksanakan upacara aqiqah bagi anak kami Yunos Laith bin Yusry, dan membantu kami untuk agihkan dengan servis penghantaran makanan nasi arab dari penyembelihan dua ekor kambing bagi golongan asnaf dan keluarga terdekat. Alhamdulillah selesai. Thank you sayang daddy @yusryabdhalim,” tulis Lisa di ruangan kapsyen.

Selain itu juga, Lisa turut berkongsi foto cukur rambut Yunos yang dilakukan sendiri olehnya dan Yusry. Meninjau ke ruangan komen, majlis aqiqah anak Lisa dan Yusry ini menerima ramai pujian ramai apabila ia dilakukan secara sederhana dan mematuhi S0P yang telah ditetapkan.

“Masya-Allah, inilah cara yang betul untuk melakukan majlis aqiqah. Tak perlu perhiasan berlebihan, membazir dan tidak perlu kehadiran ustaz selebriti,” komen seorang wargamaya. “Ni baru betul majlis aqiqah ikut S0P,” kata seorang wargamaya. “Alhamdulillah memang cara yang betul, mendahulukan asnaf Semoga ada keberkatan di situ,” tulis seorang wargamaya.

“Alhamdulillah itulah yang sebaik-baiknya. Semoga Allah sentiasa memberi rahmat kepada keluarga awak,” puji seorang wargamaya. “Alhamdulillah, idea yang terbaik untuk buat aqiqah. Banyak cara boleh lakukan majlis ni. Jadi anak yang soleh dan solehah ya The YL,” ujar seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 300,000 tontonan serta foto cukur rambut meraih 90,000 tanda suka daripada pengikutnya. Pada 15 Jun lalu, Lisa selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Yunos Laith seberat 3.49 kilogram di sebuah pusat perubatan di Bangsar. Lisa dan Yusry mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Yahaira Leanne, 6, dan Yusof Leanne, 4.

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Lisa dan Yusry tampil umumkan nama anak ketiganya. Siap ded4hkan maksud nama tersebut.

Pelakon Datin Lisa Surihani mengumumkan nama anak ketiganya kepada semua selepas tujuh hari melahirkan. Menerusi laman sosial Instagram, Lisa memilih nama Yunos Laith buat bayi lelakinya yang diambil bersempena nama salah seorang nabi.

Istimewanya lagi, Lisa berkongsi foto Yunos Laith berada di pangkuan kakak dan abangnya, Yahaira Leanne, 6, dan Yusof Leonne, 4. Walaupun begitu, Lisa masih belum berkongsi keseluruhan wajah anaknya buat tatapan umum.

“Kami ingin memperkenalkan adik kami, dia berusia 7 hari pada hari ini. Nama dia Yunos Laith Bin Yusry. Yunos adalah nama salah seorang nabi dan Laith bermaksud berani seperti seekor singa. Rawr! Kami sayang dia sangat. Dia dilahirkan pada 15 Jun, iaitu sama hari dengan tarikh lahir daddy. Alhamdulillah terima kasih semua untuk doa dan ucapan yang baik,” tulis Lisa di ruangan kapsyen.

Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya memberikan ucapan tahniah buat pasangan Lisa dan Datuk Yusry di atas kelahiran anak ketiga mereka. “Lebatnya rambut,” tulis pelakon Sari Yanti. “Congratulations kak Lisa,” ujar penyanyi Sophia Liana. “Masyallah sedap sangat nama cutie pie!” puji seorang wargamaya. “Congratulations dearest Lisa. Selamat berpantang. Love you!” komen seorang wargamaya. “Alhamdulillah tahniah Lisa dan Yusry. Welcome Yunos Laith,” kata seorang wargamaya lagi. Sekadar info, Lisa dan Yusry mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Yahaira serta Yusof.

Ini hadiah yang Yusry peroleh pada hari jadinya yang ke 48 apabila Lisa selamat lahirkan anaknya.

Ulang tahun kelahiran yang ke-48 Datuk Yusry Abdul Halim cukup bermakna apabila isteri kepada pelakon dan pengarah tersebut iaitu Datin Lisa Surihani selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 2.30 pagi, Selasa. Pengarah berusia 48 tahun itu meluahkan rasa syukur atas hadiah hari lahir istimewa itu dan turut memberitahu isteri dan bayi lelaki mereka kini dalam keadaan baik. “Alhamdulillah. Lisa telah selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 2.30 pagi tadi. Baby dan mummy, kedua-dua dalam keadaan baik. Syukur.

Yusry kongsi berita gembira di IG.

What a birthday present. Welcome to the world Junior!” tulis Yusry. Ahli kumpulan KRU itu mengumumkan berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa. Rata-rata warganet serta rakan selebriti turut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar segala urusan Yusry sekeluarga dipermudahkan.

Baby dan mummy, kedua-dua dalam keadaan baik. Syukur.

“Alhamdulillah tahniah kak @lisasurihani dan abang @yusryabdhalim… semoga anakanda kalian menjadi anak yang soleh dan salah satu asbab kalian ke syurga. Amin. Selamat berpantang kak Lisa. Sama tarikh dengan hari lahir anda. Syukur Alhamdulillah… tahniah untuk anda berdua ya. Alhamdulillah… wah tahun hadapan bolehlah sambut hari lahir dengan daddy dia sekali ya. Tahniah Lisa dan Yusry,” komen beberapa warganet. Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kelahiran anak ketiga pasangan itu gagal apabila Yusry belum membalas mesej.

Yusry dan Lisa mempunyai dua orang anak.

Pada Februari lalu, Yusry mengumumkan isterinya yang juga seorang pelakon sedang h4mil cahaya mata ketiga selepas menerima banyak pertanyaan warganet dan rakan media. Bagaimanapun Yusry menjelaskan dia dan isterinya tidak berniat untuk merahsiakan berita gembira tersebut kerana beranggapan keh4milan ketiga itu tetap akan diketahui ramai tanpa perlu pengumuman. Pelakon filem Ular itu mendirikan rumah tangga dengan Lisa pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Yahaira Leanne, 6 serta Yusof Leonne yang kini berusia empat tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv

Sumber : https://mediabawang.net via mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Majlis Aqiqah anak Lisa dan Yusry terima pujian ramai. Siap agihkan nasi arab untuk golongan ini."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*