Mohon Doa Berjalan Lancar, Zizan Razak Beri Kejutan Cincin Untuk Siapa?

Tindakan pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak memuat naik foto sebentuk cincin di InstaStory miliknya mengundang persoalan dan spekulasi orang ramai.

Menerusi InstaStory tersebut, pelawak berusia 37 tahun itu berharap si penerima akan gembira dengan kejutan dilakukan selain memohon doa agar semua yang dirancang akan dipermudahkan.

“I hope you happy with this surprise. Doakan semoga semuanya berjalan lancar,” tulis pemilik nama Mohammad Razizan Abdul Razak itu.

Malah selain foto cincin, pelakon filem Bulan dan Pria Terhebat itu turut berkongsi video memaparkan sejambak bunga dan hadiah yang akan diberikan kepada insan berkenaan.

Bermulalah saat yang baru, kisah antara kau dan aku,” katanya romantis.

Berikutan itu, warganet tertanya-tanya adakah Zizan sudah menemui cinta sejati dan mengambil keputusan untuk melamar ‘gadis’ berkenaan atau mungkin sekadar gimik semata-mata.

Bagaimanapun, rata-rata berkata kejutan tersebut adalah untuk ibunya Anai Ibrahim kerana reka bentuk cincin itu sesuai dipakai bagi golongan yang lebih berusia.

Terdahulu, menurut laporan media, Zizan mengakui ter4sa h4ti apabila sering menjadi ‘bahan’ netizen berkaitan hubungan cinta namun tetap mendoakan dirinya cepat dipertemukan jodoh.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Mohon Doa Berjalan Lancar, Zizan Razak Beri Kejutan Cincin Untuk Siapa?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*