Alhamdulilah. Mungkin Ini Keputusan Yang Tepat. Sariyanti Pilihan nya. Shuib Berhubung Ibu Susuan Ayash Affan

Khasiat susu ibu sudah terbukti sangat bagus bagi semua bayi yang baru dilahirkan. Kesedaran terhadap kebaikan khasiat susu ibu juga kini semakin meningkat dalam kalangan wanita. Dan pentingnya juga apabila memilih seseorang sebagai ibu susuan dengan mengetahui khasiat pemakanan yang diamalkan oleh mereka. Selepas kehiilangan isteri tercinta, Shuib menggalas tanggungjawab membesarkan anak-anaknya termasuklah bayi pramatang Ayash Affan yang baru berusia lima hari.

Bukan mudah melaksanakan tanggungjawab sebagai ayah merangkap seorang ibu dalam masa yang sama. Menerusi temubual Shuib bersama wartawan portal mStar, Shuib sendiri akui bimbang memikirkan ibu susuan buat Ayash Affan.

Jelas Shuib, dia mahukan yang terbaik dan berusaha untuk mendapatkan ibu susuan buat Ayash. Shuib mengambil kira khasiat pemakanan yang diamalkan oleh ibu susuan tersebut buat anaknya dan cuba untuk mendapatkan nasihat daripada ustaz terlebih dahulu.

Shuib juga memberitahu, rakan artis antaranya Syatilla Melvin menawarkan untuk menjadi ibu susuan buat Ayash. Dan akan dipertimbangkan oleh Shuib kemudian.

Dalam pada itu, posting video yang dikongsikan oleh mStar di laman Instagram menerima ratusan komen daripada netizen dan menerima sekitar 20 ribu tanda suka.

Rata-rata netizen tersentuh hati melihat Shuib seorang diri menggalas tanggungjawab buat bayi kecilnya itu.

“Tersentuh hati tengok muka shuib, ya Allah, semoga dipermudahkan urusan shuib untuk anak-anaknya “- Netizen

Ada juga sebahagian netizen mencadangkan pelakon Sari Yanti adalah ibu susuan yang paling sesuai buat Ayash memandangkan Sari Yanti baru melahirkan anak bongsunya dan merupakan isteri kepada sahabat baik Shuib iaitu Jep Sepahtu. – credit Media Puyu

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  

Sumber  :  https://www.malaysiarepoter.com/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Alhamdulilah. Mungkin Ini Keputusan Yang Tepat. Sariyanti Pilihan nya. Shuib Berhubung Ibu Susuan Ayash Affan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*