Shuib Mohon Padam Foto & Video Allahyrhamah Siti Sarah Tak Tutup Aur4t

Pelakon dan pelawak, Shuib memohon kepada orang ramai agar tidak berkongsi foto atau video isterinya yang juga penyanyi popular, Allahyrhamah Siti Sarah Raissuddin yang tidak menutup aur4t dengan sempurna sebelum ini.

Shuib Mohon Padam Foto Atau Video Arwah Tidak Tutup Aur4t

Menerusi hantaran di laman Instagram nya pada Ahad, Shuib turut meminta jasa baik mereka untuk memadam foto atau video yang turut memperlihatkan aur4t isterinya itu.

“Saya ada permintaan di mana saya mohon kepada semua untuk tidak lagi mengeluarkan gambar atau video Allahyrham yang tidak menutup aur4tnya dengan sempurna.

“Saya juga mohon kepada yang telah memuat naik dalam media sosial untuk keluarkan kembali video atau gambar tersebut” tulis Shuib

Sedekahkan Al-Fatihah Jika Rindu

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Shahmira Muhamad ini berharap agar kisah kebaikan Allahyrhamah tidak dihebohkan secara berlebih-lebihan dan sedekahkan Al-Fatihah buat Sarah sekiranya merindui akan penyanyi itu.

“Dan, saya juga mohon untuk tidak menceritakan kebaikan Allahyrham secara berlebih-lebihan. Cukuplah kita bersederhana dalam setiap perkara dan perbuatan kita. Insya-Allah, semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT,”

“Saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang mendoakan Allahyrham Siti Sarah Raissuddin, bidadari syurga saya.

“Sama-sama kita terus istiqamah menuju ke jalan Allah SWT. Jika rindu kepada Allahyrham, sedekahkan al-Fatihah,” katanya.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Terdahulu, industri hiburan dikejutkan dengan berita mengenai Allahyrham Siti Sarah Raissuddin pada 9 Ogos lalu yang menlnggal dunia selepas bert4rung nyawa melawan vlrus Covld-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia. Allahyrhamah menlnggalkan suami, Shuib serta empat orang cahaya mata Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang baru sahaja dilahirkan pada 6 Ogos 2021 menerusi kaedah pembedahan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  :  https://murai.my/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Shuib Mohon Padam Foto & Video Allahyrhamah Siti Sarah Tak Tutup Aur4t"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*