Kehebatan Ozlynn Wati dalam menguruskan rumah tangga tidak perlu dinaf!kan lagi. Malah selebriti itu juga menjaga anak, memasak dan mengemas rumah selain sibuk dengan kerjaya seni.
Walau bagaimanapun, didikan agama tidak pernah diabaikan dalam kalangan anak-anaknya apabila sering dilihat berkongsi posting meluangkan masa untuk solat berjemaah dan mengaji al-Quran.
Terbaru, Ozlynn atau nama penuhnya Rozlinawaty Ismail berkongsi mengenai anak sulungnya Ariq di laman Instagram yang semestinya menarik perhatian ramai.
Menurut Ozlynn, anaknya meminta izin untuk ke masjid bagi menunaikan solat subuh namun menoIak perlawaan beliau untuk dihantar ke sana sebelum menghubungi pakcik mereka.
“Dia ketuk bilik nak subuh kat masjid. Kita cakap mama boleh hantar, dia cakap takpe la cuba call pakcik dia (adik aku) so aku pun teruskanlah urusan aku dalam bilik..
“6.20am terfikir, mana anak aku. Jadi ke pergi masjid. Sekali dengar sayup2 suara orang mengaji.. puas cari. Rupanya dalam bilik game, dia cakap tak dapat masjid, pakcik dia tak jawab telefon,” tulisnya.
Setelah pakciknya tidak mengangkat telefon, remaja berusia 14 tahun itu mengambil keputusan untuk solat dan mengaji di rumah sahaja.
“So dia solat & mengaji kat rumah je. Aku cakap kenapa tak bagitau.. aku boleh hantar. Dia jawap, tak nak ganggu mama ingat mama nak rehat, adik2 tidur kat ruang tamu. So abang mengaji kat sini.
“Anak bertuah, moga Allah lindungi kamu abang Ariq. Kamu ni anak yang soleh. Merasa semua kesus4han dengan mama & papa..
Moga Allah terangkan hati kamu dengan Al Quran, sihatkan kamu dengan ibadah dan amalan, cerdaskan minda kamu untuk atasi uji@n..
“..dan ambil kamu di aat kamu sedar dunia bukan lagi keperluan.. Terima kasih Allah utk “pinj@man berharga” ini. Doa aku takkan put0s untuk dia,” tulis Ozlynn.
Ozlynn berkahwin dengan pelawak terkenal Johan pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan empat lagi cahaya mata iaitu Sodiq, Haziq, Chantiq dan Moleiq.
Sumber : Jozlynn