“Masa deal tak ada bajet, bila filem kau berjaya juta-juta mana bonus?” – Nabila Huda

LUAHAN pelakon Didie Alias mengenai namanya digvgurkan pada saat-saat akhir daripada membintangi sebuah drama televisyen turut mendapat perhatian aktres Nabila Huda.

Nabila Huda, 35, meluahkan rasa marah terhadap produksi yang mempunyai bajet rendah tetapi berl4gak mahu menghasilkan sebuah filem atau drama. 

Pelakon filem Mun4fik ini turut membangkitkan isu berkaitan dengan bayaran dan bonus selepas sesebuah filem berjaya mengutip keuntungan yang tinggi.

Nabila Huda kes4l sikap segelintir penerbit yang sering letak harga rendah.

“Yang lagi menyirap, produksi nak buat drama dan filem, cerita kat kita pong pang pong pang. Bila deal kata projek bajet rendah dan tak ada bajet.

“Kalau tak ada bajet, jangan buat filem, jangan buat drama! Lepas itu deal harga tahun 2001! Fed up juga la, dah 2020 masih lagi harga sama macam 10 tahun lepas. 

“Kau deal filem rendah nak m4mpus harga telemovie, kata bajet tak ada, bila filem kau berjaya berjuta-juta, mana bonus?

 

Kita juga la yang kena telan semua benda pahit tapi di mata orang nampak semua indah.  NABILA HUDA PELAKON

“Yang penat lelah kita berlakon, tidur tiga hingga empat jam, promo bagai nak rak tu percuma saja la? Tak kan nak kena minta baru nak bagi?” katanya menerusi ruang komen di Instagram Didie.

Didie pada malam Rabu mendedahkan bahawa pihak produksi memberikan alasan tiada bajet untuk mendapatkan khidmatnya.

Dalam pada itu, Nabila mengajak semua pelakon meminta bayaran pendahuluan sebelum menerima tawaran daripada mana-mana produksi.

Nabila pernah melalui pengalaman yang sama seperti Didie.

“Boleh fikir sendiri kot. Kite ni komited dengan kerja, terima saja la ikhlas berapa bayaran drama atau filem sebab kita sayang kerja kita.

“Kita juga la yang kena telan semua benda pahit tapi di mata orang nampak semua indah. Jangan bagi muka dah kat produksi yang asyik minta belas kasihan kita dengan tak ada bajet!

“Sebenarnya ada saja bajet tapi nak potong untuk kepentingan sendiri. Ayuh semua kita ramai-ramai minta booking fees sebelum memulakan satu job supaya tak semudah itu mereka nak batalkan suka hati,” katanya. 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber; MSTAR

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Masa deal tak ada bajet, bila filem kau berjaya juta-juta mana bonus?” – Nabila Huda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*