Pelakon Norman Hakim menjadi perhatian netizen selepas menukar warna rambutnya.
Menerusi akaun Instagram miliknya, Norman telah memuat naik foto terkini yang merakamkan penampilan terbarunya.
Difahamkan, gaya rambut itu adalah untuk watak Emran yang bakal dilakonkan oleh Norman dalam drama terbaru tidak lama lagi.
“Ramai-ramai, akhirnya @michaelang38 pilih i juga untuk watak #Emran dalam #dramachandelier #megadrama #AstroRia. Alhamdulillah thank you Mike,” tulisnya.
Selain Norman, pengarah terkenal Michael Ang juga turut berkongsi foto terbaru Norman.
“Salam semua. Saja nak kongsi dengan you all #datoemran dan #keisha dlm #dramachandelier. Elok tak dato kita feel tak jadi sugar sugar daddy! @missmimilana @normanhakim_786 Luv u all!” tulis Michael.
Hasil perkongsian itu ternyata mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya memberikan reaksi positif selain memuji kekacakkan wajah dan kesesuaian gaya rambutnya.
“Lepas ni ramai lah sugar daddy di luar sana pergi gym buat badan and colour rambut gitu! Ups,” komen @vizvmokhtvr
“Wow! Norman nampak suit sangat dengan warna rambut tu. Nampak lagi muda!” tulis @iam_idawahab
Terdahulu selain Norman, Mimi Lana, Ben Amir dan Nadya Syahera juga turut membintangi drama berkenaan.
Drama tersebut bakal ditayangkan di Astro Ria tidak lama lagi.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Gempak
Be the first to comment on "“Gil4 Tak Nak Kalau Sugar Daddy Macam Ni!” – Baru Tukar Warna Rambut, Norman Hakim Buat Netizen Cair"