GENAP empat tahun mendirikan rumah tangga dengan Siti Sarah Mohd Noor, pelakon Shah Iskandar berkata dia dan isteri masih bersabar menantikan kehadiran cahaya mata.
Shah, 37, bagaimanapun tidak tertekan memikirkan tentang anak dan terus berusaha secara normal untuk mendapatkan zuri4t.
“Alhamdulillah sudah empat tahun kami berkahwin… tentang anak? Tak ada tekanan! Mungkin sil4p saya dulu pernah cakap nak rancang dan kerana lafaz itu hingga kini kami belum dapat anak.
“Jadi sesiapa yang nak kahwin tu janganlah lafaz mengenai plan anak, terima sahaja kalau ada rezeki.
“Sekarang ini kami masih berusaha sama seperti pasangan lain, lagipun hubungan kami baru empat tahun, ada pasangan lagi lama dah berkahwin… saya kira ini masa untuk kami lebih memahami dan rapat,” katanya kepada mStar.
Shah dan isteri sabar menanti rezeki zuri4t.
Terdahulu, Shah berkahwin dengan Siti Sarah di The Ballroom At East Coast, Singapura pada 16 Januari 2016.
Bercakap mengenai perancangan tahun baharu, pelakon drama Syurgaku Tak Sempurna ini memberitahu fokusnya kini lebih terarah pada bidang perniagaan.
Tahun ini saya nak lebih tumpu pada bisnes sebab simpanan pun dah menipis, job lakonan pun tak macam dulu!
SHAH ISKANDAR
PELAKON
Ujarnya, dia mula menyedari kesilapan lalu tidak menyediakan simpanan yang cukup semasa usia masih muda.
“Tahun ini saya nak lebih tumpu pada bisnes sebab simpanan pun dah menipis, job lakonan pun tak macam dulu.
“Silap saya zaman muda dulu tak menyimpan, jadi tahun ini kita fokus cari duit, isteri saya fokus dengan bisnes spa dan saya pula dengan produk penjagaan untuk ibu bersalin, Embah dan Insya-Allah selepas ini kita akan buka restoran di Damansara, Selangor,” katanya.
Shah dan isteri mahu fokus bidang perniagaan.
Sementara itu, Shah turut berpesan kepada pelakon baharu supaya menyediakan simpanan yang cukup demi kegunaan masa depan.
“Kepada pelakon-pelakon yang nak ceburi bidang seni ini pastikan kena ada passion dan kalau cepat putus asa memang tak kekal.
“Selagi stesen televisyen dan produksi mahukan bakat anda, buatlah simpanan kewangan. Lebih-lebih lagi yang belum berkahwin, simpanlah duit!
“Banyak contoh artis veteran yang mengalami masalah kewangan, apabila dah s4kit duit pula tak cukup, simpanan itu penting. Selain itu, jagalah penampilan, bersungguh-sungguh dalam kerja dan jangan s0mb0ng,” ujarnya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: MSTAR
Be the first to comment on "Empat tahun berkahwin Shah Iskandar sabar menanti rezeki zuri4t – “Mungkin sil4p saya, kerana lafaz itu… hingga kini kami belum ada anak”"