Pelakon Fizo Omar mended4hkan terdapat penonton yang gagal mengawal emosinya dengan melontarkan kata-kata kes4t terhadapnya gara-gara memb3nci wataknya dalam drama Adellea Sofea.
Menurut Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 25, individu yang tersebut turut mengaitkan nama bapanya sekali dek tidak suka dengan wataknya sebagai Ikram dalam naskhah tersebut.
“Amboi siap nama bapa aku sekali ko b*bi kan yea..relaks lah bro. Tak cool lah kau ni!
“Dahsyat betul emosi penonton zaman sekarang ni kan? Hmmm… tak sangka pula jadi sampai macam ni,” tulis Fizo.
Fizo berkongsi hal tersebut menerusi beberapa entri yang dimuat naik di laman Twitter miliknya.
Terdahulu, seorang pengguna meluahkan rasa ger4m terhadap lelaki yang bernama Fizo.
“Buat semua lelaki bernama Ikram atau Fizo mahupun Omar sekali pun di luar sana, korang b*bi,” tulis pemilik akaun @zapurrr.
Bagaimanapun, individu berkenaan kemudian memohon maaf atas keterl4njuran katanya.
“Maaf bang pijo, kamu tahulah macam mana karakter Ikram tu, saya tweet ni masa tengok Adellea Sofea tau ger4m sangat-sangat. Sampai bang pijo kena tempias. Maaf. Saya tak maksudkan (apa yang ditulis sebelum ini),” balas individu tersebut.
Sebelum ini, Fizo turut mended4hkan dirinya kehilangan lebih 5,000 pengikut di Instagram gara-gara wataknya dalam naskhah arahan Shahrulezad Mohameddin itu.
Selain Fizo drama tersebut turut dibintangi pelakon Mira Filzah, Ungku Ismail Aziz, Jasmine Suraya Chin, Bella Dally, Fazlina Ahmad Daud dan Roy Azman.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : Gempak
Be the first to comment on "“Amboi Siap Nama Bapak Aku Sekali Kau B*bi Kan…” – Netizen Makin Melu4t Dengan Fizo Omar Gara-Gara.."