Pelakon cilik, Puteri Balqis semakin mendapat perhatian selepas kisah kehidupannya yang jauh berbeza daripada zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu menjadi viral dan mendapat perhatian dalam kalangan netizen. Sebelum ini, pelakon berusia 13 tahun itu dilaporkan menghid4p peny4kit hati sehingga menyebabkan dirinya sepi dari dunia lakonan selama beberapa tahun.
Susulan daripada perhatian h4ngat yang diberikan netizen, ada yang membuat spekulasi berhubung peny4kit kanak-kanak itu di media sosial dan mengaitkan ia dengan namanya, ‘Balqis’.
Ada apa dengan nama ‘Balqis’
Spekulasi berhubung peny4kit pelakon itu mula timbul apabila seorang pengguna Twitter memuat naik satu posting berhubung komen yang diberikan oleh individu yang menonton rancangan Bersamamu di laman Youtube.
Susulan daripada posting tersebut, ramai dalam kalangan pengguna di laman Twitter mula memberikan pandangan mereka sendiri dan mengaitkan ia dengan peny4kit yang dihid4pi oleh Balqis.
Apa yang menarik perhatian, rata-rata daripada mereka berpendapat bahawa kondisi yang sedang dilalui kanak-kanak itu mempunyai kaitan dengan namanya iaitu Balqis yang disifatkan mereka sebagai ‘kurang elok’ dan membawa makna yang tidak baik.
Spekulasi netizen
Komen pakar agama
Terpanggil untuk ‘menenangkan’ spekulasi-spekulasi yang dibuat segelintir netizen itu, pendakwah bebas Ustaz Ad-Dien tampil bagi menjelaskan perkara tersebut di laman Twitternya.
Menurut pendakwah itu, perbuatan yang mengaitkan nama sebagai sebab kepada berlakunya peny4kit atau perkara m4lang adalah sesuatu perkara yang dilar4ng agama dan merupakan perbuatan syiirik.
Komen Mufti
Bukan itu sahaja, Mufti Wilayah Persekutuan juga berpandangan bahawa mempercayai sesuatu nama itu sebagai berat dan tidak mampu ditanggung oleh bayi adalah kepercayaan yang tidak didasari dengan bukti yang jelas dan ia perlu dij4uhi oleh orang Islam.
Sumber: Twitter ibcig, Twitter Ad-Dien, Laman Web Pejabat Mufti WP
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: OHBULAN
Be the first to comment on "S4kit Puteri Balqis Didakwa Berpunca Nama Sama Dengan Ketua Jiin, Ini Jawapan Mufti Wilayah!"